Saturday, November 19, 2011

Hati-Hati Dengan Borang Bantuan RM500 LHDN Palsu

"Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos." - Bajet 2012




Perhatian kepada mereka2 di luar sana & janganlah terpedaya dengan sindiket yang kononnya kini sedang mengedar borang Bantuan RM500 seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan pada pembentangan bajet 2012 yang lepas. Jangan pula kerana terlalu ghairah untuk menerima wang bantuan, aspek keselamatan tidak diambil serius menyebabkan mudah tertipu dengan helah sindiket yang kini di khabarkan telah mula mencari peluang untuk menipu orang ramai dengan membuat pendaftaran permohonan bantuan palsu.

Untuk makluman, borang tersebut belum lagi siap dan kini dalam proses akhir penyediaanya serta di jangka akan di edar kepada orang awam secara PERCUMA setelah siap semuanya. Borang tersebut juga boleh di muat turun melalui laman sesawang rasmi LHDN. Sindiket terbabit dikatakan telah mula mengedar borang tersebut serta menjual dengan harga yang tertentu.

kerja halal malas.... nak menipu orang jer

8 berkata-kata:

Lya Colours said...

benda2 macam ni pon nak menipu. apa punya olang ni

Kakzakie said...

Macam-macam jenayah kat negara kita sekarang ni ee. Kalau boleh nak cari jln singkat aje nak cepat kaya...

kakcik said...

Penyangak ni tahunya nak senang je! :(

anyss said...

Assalamualaikum,
menipu lebih mudah dari buat keja....hasilpun besorrrr, maklumlah setan "yang direjam" jadi boss hu hu hu

Sharinginfoz said...

macam2 jenis org pun ada

Cik SHiNJU said...

memang iya...byk lg keje halal, yang haram gak dorg suke...

Has Acha said...

Saya x faham... Macam mana mereka yg buat penipuan nak tipu duit orang? bBorang percuma, Duit orang lain X dapat ambil. ambil duit pun kena tunjuk mykad. X boleh mengunakan orang tengah... macammana ya?

eelobor said...

Has Acha: gitu lah perangai sesetengah orang.... rambut sama hitam, tapi hati lain2....

Kongsikan / ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...