Loso : Koey Ruk Chun Bahng Mai
(Have You Ever Loved Me?)
(Have You Ever Loved Me?)
Baru jer terlayan video klip nie kat youtube. Dah lama aku nak cari lagu nie, tapi lupa tajuk.
Maaf la andai entri hari nie, korang tak paham apa yang aku nak sampaikan. Cuma nak mengimbas kembali kenangan aku masa dok kat Pattani, Thailand pada tahun 2001 (11 tahun lepas). Masa tuh, berlaku peristiwa World Trade Centre (WTC) yang di langgar kapal terbang. Aku cuma tengok gambar jer la kat dalam TV Siam, sepatah haram pun tak paham apa yang di cakap.
Lebih kurang 4 bulan merantau membawa diri ke sana (pertama kali dalam hidup tak balik beraya puasa kat rumah), kumpulan siam Loso ini telah melekat dalam hati aku sehingga sekarang. Dan lagu ini lah yang aku hafal lirik (tak tau makna pun) sambil bermain gitar kapok dan syok sendiri melayan perasaan di tempat orang. Dan dalam tempoh itu juga, banyak lagu2 thailand yang masuk dalam kepala hotak aku. Malah sempat la jugak belajar bahasa siam sket2 ngan kekawan masa kat sana.
Apapun ianya kenangan peribadi yang terindah......
mencari sesuatu yang hilang....
18 berkata-kata:
awek siam... takde?... ;p
peberet kawe lagu nih.. kawe dok thailand 3 tahun.. ado lagi lagu pea chiwit, nga caravan, ad karabau and many more... "pood phasa thai dai mai?"
:)
ngaji pondok ko?
Jauhnya bawak hati, sampai luar negara...hehehee...
kenangan silam mmg senang teringat kann.. :)
merantau kerana merajukker?? tapi kadang2 baguih merantauni... sikap dan pemikiran kita akan lebih matang...
belajar ke keje kat sana?
bro pernah kjer kat siam ke????? hebat arr
samo la...time 9/11 tuh pn kawe duk sano gak, phuket...g holiday dgn abah kwe.... :)
ejaMaria: hahahaha..... line tak clear
Deru Ombak: perghhhh... pea chiwit lagu Carabao sedak wehhhhhh. jiwo molek sero
cheqna: membawa hati yang lara.....
JunAina: dari Kota Bharu tak sampai 4 jam pun perjalanan ngan kereta ke Pattani.... dekat jer sebenarnya
mamamaman: mungkin bagi sesetengah orang kut....
Cho Zila: hehehe..... kenangan yang terindah.... pahit tapi manis akhirnya
amirah: pegi mencari sesuatu yang hilang......
sahromnasrudin: sambung belajar tak rasmi.... hihihi
Kakak tak sangka ee pernah duduk Thailand 4 bulan. Masa itu Islam tak tertindas lagi macam sekarang agaknya ye...
kakzakie: huhuhu.... orang cakap, zaman tengah duk suka2. boleh kenal tempat & budaya orang. nak pegi jauh2 lagi, dah tak mampu
rajin duk alik siam weh dio dulu..hehe
kalamhati: masa pertengahan 90-an dulu, masa dok belajar di arau, nak balik KB saya pernah guna laluan siam. dari kangar ke padang besar, terus ke Hatyai terus ke Pekan Golok, masuk Rantau Panjang & terus ke KB. Cuma 5 jam sahaja jarak perjalanan
salam..
cuba untuk mengerti ;)
sissyira: dia punya maksud lagu nih sangat2 mendalam..... hahahahaha, kira ala2 karattttt gitewwww
super!!!!!!!!!!!!!!
adik aku sorang nie besar pengalamannya!!!!!!!
Post a Comment