Wednesday, January 11, 2012

Ya Allah.... Semoga Adik Amir Safwan Cepat Sembuh

 Adik Muhammad Amir Safwan
(gambar pada 3hb)

Petang tadi aku pergi melawat anak sepupu aku di Institut Jantung Negara yang kini sedang berada dalam wad ICU setelah kritikal apabila menjalani pembedahan jantung. Adik Amir telah mengalami masalah jantung semenjak daripada lahir. Usia adik Amir cuma lebih tua 3 bulan dengan Muaz anak aku. (3 tahun lebih)

Amir sudah kerap mendapatkan rawatan susulan mengenai penyakit tersebut. Kini sudah beberapa kali di lakukan pembedahan dan akan sentiasa berada dalam kawalan serta rawatan yang berterusan. Kepada sepupu aku Fais iaitu ayah Amir, aku berharap tabah serta jangan putus asa untuk terus berdoa kepada Yang Maha Esa. Insya Allah.... semoga Muhammad Amir Safwan akan sembuh dan sihat seperti insan lain yang sebaya dengannya. Kita sama2 lakukan solat hajat serta berdoa untuk Amir.

Kepada pembaca blog ini, tujuan entri ini di tulis bukanlah untuk meminta bantuan kewangan. Namun aku amat berharap sekiranya korang dapat meluangkan sedikit masa berharga untuk sama2 mendoakan kepada Adik Muhammad Amir Safwan agar sembuh dan sihat wal'afiat serta dapat meneruskan kehidupan & keseronokan waktu kecilnya dapat kita realisasikan. Amiinn Ya Allah...

(Di izinkan serta di alu2 kan untuk berkongsi entri ini agar lebih ramai pembaca yang dapat meluangkan sedikit masa untuk berdoa untuk Adik Muhammad Amir Safwan).

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul


21 berkata-kata:

Deru Ombak said...

Kakya doakan adik Muhammad Amir Safwan akan segera sembuh.. Insyaallah...

Sharinginfoz said...

semoga adik amir cepat recover

Citarasa Rinduan said...

http://ruhayurazali.blogspot.com/2012/01/sila-war-warkan-moga-anak-saudara.html

emieysandra said...

moge adik muhammad safwan amir cepat sembuh =)

Huda said...

semoga adik safwan cepat sembuh..mudah2an dengan berkat doa dari saudara mara dan kawan-kawan..

efa nur said...

Ya Allah, efa doakan semoga adik Muhammad Amir Safwan cepat sembuh ye..

Umar Kadir said...

InsyaAllah.. dengan izin tuhan, semua akan baik

kakcik said...

Semoga Allah SWT Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan memberikan kesembuhan sepenuhnya kepada Adik Muhammad Amir Safwan. Amin.

cheqna said...

insyaallah
moga Allah memberikan kekuatan kepada seluruh keluarga adik amir dan kepada adik amir itu sendiri untuk tabah menghadapi ujian dari ALlah ini
insyaallah

eMMe said...

Ya Allah, Engkau sembuhkanlah penyakit adik Muhammad Amir Safwan...Amin YarabbalA'lamin...

Mak Lagenda said...

Ya Allah..semoga adik Amir Safwan ini akan sentiasa tabah dan penyakitnya dapat diubati.

munna said...

semoga Allah sembuhkan adik Safwan....... Amin

JunAina said...

Dalam saat2 begini Kak Aina doakan ketabahan buat ibu dan ayah Amir Safwan. Si kecil comel semoga terus kuat melawan sakit, untie doakan yang terbaik buatmu. Cepat semuh, cepat boleh keluar hospital, cepat boleh berlari2 riang dan tak lama lagi akan bersekolah juga.

Rozuan Ismail said...

tabah sungguh hati si kerdil ini menerima dugaan Tuhan.kalau aku, sudah pasti belum tentu dapat hadapinya. semoga kuat semangat dik. Tuhan sentiasa ada bersamamu

hani@debumelukut said...

InsyaAllah segalanya kan baik2 belaka. anak saudara akak ada yg buat pembedahan jantung semasa baru lahir dan sekarang dah darjah satu..kita hanya berikhtiar, Tuhan menentukan yg terbaik buat kita.

Kakzakie said...

Entah mengapa kakak memang kalah kalau melihat situasi anak-anak kena uji begini... mudah mengalir je airmata ini.

Kakak doakan moga seluruh keluarga tak putus berdoa moga anakanda Amir Safwan sembuh segera...

Cik SHiNJU said...

Semoga Adik Muhammad Amir Safwan sembuh dan membesar dgn sihat...Sampaikan salam takziah buat Encik Fais dan keluarga yep..

aJa said...

semoga Allah sembuhkan adik Amir Safwan.Amin

eelobor said...

Salam kepada semua pembaca2 di blog ini & khususnya berkenaan entri ini. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas komen serta amat bersyukur dengan doa2 oleh kalian semua. Semoga ada antara kita yang di angkat serta di makbulkan doa oleh Yang Maha Esa agar adik Amir Safwan disembuhkan dari penyakit yang dihidapinya.

ajak said...

asalam ...aku jugak turut mendoakan kesejahteraan beliau ... simpati aku ikhlas dari lubuk hati ...amin ...tq.

nyanyisunyi said...

Mudah2an Allah sembuhkan adik kecil ini dan dapat menikmati hidup seperti kanak2 lain seusia dia...

mudah2an Allah berikan kekuatan pada ibubapa anak ini...

Kongsikan / ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...