Entri ini mungkin yang terkahir buat sementara waktu. Mulai esok, aku akan bersara daripada mengemaskini entri2 baru atau juga menjengah ke blog2 kekawan selama 10 hari. Hah.... 10 hari tau, bukan 2-3 hari macam biasa apabila aku balik kampung kerana masalah internet di sana. Bukanlah komeng sangat kampung aku yang takde talian internet, tapi tahap kelajuan di sana agak kurengg sket. Maklum lah.... dah biasa guna yang laju2 nie.... hehehe, nak kena hadap broadband??? Tak kuasa beb....
Insya Allah... esok proses berpindah masuk ke rumah sendiri. Alhamdulillah.... setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk memiliki rumah sendiri tercapai juga. Bersyukur atas nikmat yang telah diberikan. 3 minggu terakhir sangat penat kerana hujung minggu yang terpaksa dikorbankan. Menyapu, membasuh, mengecat, membuat pendawaian baru dan beberapa kerja yang berkaitan. Sesungguhnya proses berpindah rumah tersangat lah penat namun terasa kepuasan apabila dapat memiliki rumah sendiri akhirnya.
Bolehkah aku bertahan tanpa internet selama 10 hari???? Tanpa Astro juga yang terpaksa di potong atas sebab2 teknikal. Pemasangan unifi ke lokasi baru akan di buat pada 27hb dan akan dicaj sebanyak RM300 untuk pemindahan lokasi. Mesej untuk TM.... korang memang cekik darah aku tau !!!!
Sesekali... nak juga letak gambar sendiri. Hehehehe.... gambar tengah menyedut lemak dari tulang menggunakan straw..... perghhhhhhh konpem kena tidur awal malam nie.
nampaknya entri aku pagi tadi dalam tajuk "Kisah AKU Yang Pandai Berkata-kata" telah membuat ada yang tersentap eh? huhuhuhu......

9 berkata-kata:
kompem dan soheh..mano mungkin demo mampu bertehe tanpa intenenek..muahahahahahaha
sekian dari cheqna yang malas nak sign in =)
semoga dipermudahkan segalanya bohh
selamat berpindah bro, so rumah baru ni kat mana, jangan lupa citer ya
ko nampak makin kuruslah beb
PS: alamak, rindu lah aku kat blog eelobor!!10 hari bak 10 tahun ooooooo
Alhamdulillah. Selamat masuk rumah baru. Tak buat kenduri doa selamat? Housewarming?
Jemput laaaaa... hehehehe
Kawan Kak Azie pindah rumah pun macam tu gak. Intenet tukar, lama gak tunggu TMNet. Astro pun potong. Return balik kad, dapat RM50. Nak pasang baru tunggu berminggu2.
Bawa bersabar jer lah.
nok buat make jange lupo ambo..
Assalamualaikum,
Selamat pindah ke rumah baru. Hias cantik2, pah tu kita pakat serbu reramai la la la
ye selamat masuk ke rumah baru..
Wah tahniahh!! pindah rumah baru siap UNIFI Lagikk!!!! marbelesssss
Okeh okeh demi menanti entry2 yg lebih hangat bila dah berUnifi nanti... silalah bercuti sementara dan bersiapa sedia.. eheheheh
pindah rumah baru rupanya..pergh...syoknya dpt duk umah sendiri dah
Post a Comment