Peace No War - kejap baik kejap gaduh jer mereka bertiga nih
(Kak Yong, Adik Nisya & Abang Muaz)
Hari nie merupakan hari terakhir Abang Muaz duk ngan Nenek (panggilan
buat pengasuh Muaz). Gambar2 kat atas di ambil daripada facebook Mak
Ngah dia. Abang Muaz duk kat situ dari umur 3 bulan hinggalah sekarang (3
tahun lebih). Sudah semestinya Nenek antara orang yang rapat gak nga
dia. Malah pernah ngigau tersedar tengah malam nak pergi umah Nenek dia.
Macam la abah ngan Umi dia takde kat sebelah.
Abang Muaz termenung memikirkan
mengenai nasibnya minggu depan (taska)
Hari sabtu nie, bermulalah era baru Abang Muaz bersama kawan2 baru. Situasi ini agak penting kerana Muaz agak susah sket dengan orang yang dia tak kenali. Dunia dia cuma orang di sekeliling dia sahaja. Hari sabtu nie nak kena hantar 2-3 jam, hari isnin 4 jam & hari selasa dah memang kena letak satu hari penuh. Hehehe... boleh la keluar rumah lewat sket nak ke pejabat berbanding sepanjang minggu ini keluar rumah seawal jam 6.30am setiap hari.
Abang Muaz bersama Adik Nisya
Apapun.... aku amat bersyukur kerana Muaz di jaga dengan baik oleh Nenek dia. Abang Muaz di layan bagaikan cucu kandung sendiri. Alhamdulillah kerana ditemukan dengan seorang pengasuh yang begitu baik. Sesungguhnya jasa baik Nenek memang sangat besar bagi kami sekeluarga. Harap Abang Muaz cepat menyesuaikan diri di tempat baru nanti.



12 berkata-kata:
tak dpt bayangkan...sian muaz..
yang penting.... abah & umi dia kena cekalkan hati bila dengar Muaz nangis nanti masa baru2 nak tinggal kat taska nanti.... huhuhu tak sampai hati lerrrrr
ingatkan muaz nak pergi mane.. pergi taska rupanya...hehehee :)
semoga berjaya abang muaz! :)
holah
umi ngan abah dio keno kuat la..
anok jerit 20sen..abah dio dooh lalu sero kekgi..larikzzz
x po heh..budak2 semeta jah..dang boleh saing gak tak po la....
Assalamualaikum,
2-3 hari je kena tahan hati. Dah ada kawan nanti, salah hari dia yang beria tak mau balik hu hu hu
gebunya Muaz =)
takpe, awal2 mungkin payah sikit..nak kenal dgn org kena la amik masa kan
pindah ke mana tu?
sementara je..nanti dah dapat kawan baru mesti muaz okey....
selamat dapat kawan baru yek Muaz.. Muaz pun dah makin besarrr... dah byk kena explore benda baru. tapi nanti mesti rindu kat nenek dia kannnn
comelnya Muaz... kena tengok juga selera makan dia tu ya, takut ada kesan sebab tukar pengasuh...
Nak ubah rutin seharian seorang budak sekecil MUAZ memang rumit juga. Silap silap boleh demam rindu tu.
Tak pa. Pelan-pelan. Kena sabar banyak sikit.
aku baca entry nie, dalam hp nokia aku yang kecik..
tak dapat nak komen..
tapi merasai saat hati muaz skrang..
moga muaz tabah ya
Post a Comment