Monday, February 13, 2012

Jika Musykil, Mohonlah Petunjuk Daripada Nya

Semenjak kebelakangan nie, aku agak susah sket nak tidur malam  selalunya akan tersedar balik bila tidur dah sejam dua, walaupun pada belah siangnya aku sudah penat sehariannya. Pastu lak susah nak lelap balik. Entah kenapa....mungkin sebab terlalu memikirkan banyak perkara yang hendak di selesaikan. Dengan usia sekarang, mungkin bukan dipikir apa yang akan terjadi pada esok atau lusa lagi atau minggu depan. Suka atau tidak aku terpaksa memikirkan perkara2 yang akan berlaku bulan depan atau juga tahun2 depan.

Perkara yang sama masih terbayang bukan hanya ketika melayan kepala nak tidur, tetapi terbawa2 semasa aku membawa motorsikal. Nasib baik tidak berkhayal sangat yang mana boleh membahayakan nyawa. Sedang aku asyik tertanya2 dalam hati sambil mencari jawapan sendiri namun masih tiada ilham yang datang. Namun kuasa Allah Maha Besar....




Selesai menghantar isteri ke pejabat pada pagi tadi, aku singgah ke sebuah restoran untuk makan pagi. Boleh di katakan selera ala kampung sentiasa menjadi. Aku pernah tengok & selalu jumpa abang nie kat kedai makan sama. Tetapi entah kenapa kali ini (walaupun ada kerusi & meja yang masih kosong) dia menawarkan diri untuk duduk makan bersama dengan aku. Terus jer aku persilakan sebab benda kecik punya hal.

Lantas di bukaknya cerita satu demi satu. Bercerita dari soal dunia akhirat serta kehidupan berumahtangga serta tanya aku bab2 kerja dan di selit sedikit lawak jenaka. Allahu Akbar..... Allah swt telah memakbulkan pertanyaan hati aku dan menghantar seseorang hambanya untuk menjawab apa yang aku sering dok terpikir2 sebelum ini. Sungguh hebat kekusaan Allah swt. Alhamdulillah...

Tak perlu aku berkongsi apa soalan yang selalu di benak fikiranku kerana aku kini sudah mulai mengerti & memahami..... kerana aku telah ketemui apa jawapannya.

 berbagai cara "ilham" yang datang


12 berkata-kata:

Kakzakie said...

Maha kaya dan pengasihnya Allah ee. Diutusnya abang itu utk duduk dan berbicara dgn ee utk mencari jln yg baik-baik...

Sujud syukur jgn lupa...

mama maman said...

alhamdulillah... sy pun teringin ada solution yg selalu berlegar2 difikiran.. tp mungkin masa yg menentukannya.. insyaallah..:)

*∽ IZAN ∽* said...

Alhamdulillahh. Di beri cahaya dalam kekusutan.... MasyaAllah

cheqna said...

Allah maha Besar
cheqna pun loni susah nok tido male2 weh
sekalo gak kul mile tido doh pah maye iso...siap budak2 jabat ni panggil ngobok kunyi...tapi loni susah sket..

anyss said...

Assalamualaikum,
Aminnnnnnnn! Allah bangu kita dengan pelbagai cara, hanya...lapangkan minda dan dada

Wanita Belum Hamil said...

Salam kenal..ana follow sini kalau sudi follow la ana balik ye..

p/s: ana baru dalam blog nie

kakchik@ella said...

Alhamdulillah. Allah SWT tahu dan mengerti apa yang tiap hamba Nya ingini.

Kalamhati said...

Alhamdulillah..sesungguh Allah Maha Mnedengar rintihan hati hambaNya..pertolongan Allah dtg dalam berbagai2 bentuk

Sharinginfoz said...

memang kekadang kita tak terfikir mengenai perkara ini. semoga ianya telah sedikit sebanyak menyelesaikan masalah kita

sahromnasrudin said...

ALLAHU AKBAR...Allah telah menganugerahkan seseorang untuk meleraikan kekusutan sdra...

Cik SHiNJU said...

Alhamdulillah...DIA akan sentiasa bersama dengan hamba yang tdk pernah melupakanNYA...

Citarasa Rinduan said...

Syukur...
aku alami 2 minggu lepas, tidur yang tidak menentu.. baru ku sedar, akan hikmahnya.. tidak ku sia2kan apa yang berlaku pada aku semasa terjaga awal...

skurangnya dia ingatkan aku...dan dia sayangkan akan hambanya

Kongsikan / ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...