Monday, February 27, 2012

Kontraktor Pemasangan Unifi Banyak Songeh

Tengok2.... rating blog aku dah menurun seminggu kebelakangan ini. Yer lah... sape nak masuk baca cerita sama setiap hari kan? Dalam tempoh seminggu, cuma kekadang jer dapat mencari ruang untuk update entri baru. Alhamdulillah.... dah selesai hampir 90% proses masuk rumah baru nie. Cuma tinggal sket jer lagi iaitu pemasangan kabinet dapur yang di jangka minggu depan. Insya Allah... dalam seminggu-dua lagi akan selesai semuanya. Penat yang teramat sangat....



Pemindahan unifi ke rumah baru pun dah setel. Maknanya mulai hari ini, boleh la nak blogwalking puas. Dah lama tak menjelajah ke rumah kekawan. Benggang jap dengan kontraktor pemasangan pagi tadi. Aku dah lebih sebulan buat temujanji untuk pemasangan waktu pagi hari ni. Alih2 dia call kata nak datang petang. Banyak cantik.... ko ingat kerja aku nak tunggu ko datang jer. Yang ko banyak sangat ambik job ngan TM bukan masalah aku. Yang aku tau, korang kena datang ikut jadual yang telah di tetapkan. 

Kalau tak salah aku, sekiranya di pihak kita yang membatalkan tarikh temujanji yang telah ditetapkan dalam tempoh kurang dari 24jam, akan dikenakan caj RM200. Bagaimana jika kontraktor yang melanggar janji pulak. Aku cuba call TM Unifi untuk dapatkan penjelasan dan melalui 3x panggilan yang dibuat (berjumlah 16minit kesemuanya mendengar mesin perempuan dok melalut) tapi tak dapat sambungan. Caj mereka datang setting sahaja (re-allocate) dikenakan caj RM300. Kontraktor pemasangan tadi cuba2 nak pusing mengenai harga yang aku perlu bayar lebih, tapi aku dah ada pengalaman lepas. Hehehe...budak nie nak mengencing aku lak, sekali aku berak baru ko tahu...

Sambung malam nanti lah.... nak ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT) lak.... Salam semua...

4 berkata-kata:

cheqna said...

silala qada' baca semua n3 cheqna hokeh!!!!!!!!!

eelobor said...

hehehe.... ambik maso sket tuh

Citarasa Rinduan said...

gigih aku sampai sini baca entry ko

terbaiklah entry nie.. ko mmg hebat...
kalau aku, sure mati kutu,.,
nak tunggu sambungannya,,, sabar puan ayu!!

Lya Colours said...

saya still guna streamyx. so far puas hati. kalau dia buat perangai dah nanti, kita bako je.hihi

Kongsikan / ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...