Thursday, February 23, 2012

Satu Pengorbanan Yang Kecil

Masuk hari ke-4, badan sudah mula terasa letih yang amat. Mungkin situasi ini sudah biasa bagi orang lain, namun agak baru bagi aku untuk menyesuaikan diri diperingkat awal. Setelah hampir seminggu berpindah rumah, aku terpaksa bangun sebelum subuh setiap hari. Mandi dan terus bersiap2 untuk menanti solat subuh. Agak sedikit kelam kabut walaupun baru mempunyai seorang anak yang masih belum bersekolah.

Seawal jam 6.30am sudah terpaksa keluar rumah walaupun jarak ke pejabat sebenarnya cuma 15km sahaja. Jika keluar lewat, maka aku akan menghabiskan masa yang sia2 di atas jalan - terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya. Berkejaran pula untuk menghantar anak ke rumah pengasuh. Balik petang pula sudah kedengaran azan maghrib yang berkumandang. Waktu untuk bersembang dengan isteri (di hari bekerja) cuma beberapa jam kerana seawal jam 10pm kami semua sudah terlena di buai mimpi kepenatan.

Namun itu cuma kesusahan KECIL sahaja. Aku ada 2 orang rakan sepejabat yang tinggal agak jauh dan berulang alik menaiki bas (2x bas) untuk ke pejabat. Seorang dari Pekan Bentong, Pahang dan seorang lagi dari Kuala Selangor. Mereka berdua masuk waktu pejabat jam 7.30am dan TIDAK pernah terlewat tanpa alasan kecuali bila mana ada hal kecemasan yang tidak dapat di elakkan. Memang betul cakap orang, bila kita terasa susah, sebenarnya masih ada lagi orang yang lebih susah daripada kita, tak gitu?

Apapun, perasaan ingin membaca blog kekawan masih terbatas kerana pemasangan unifi terpaksa tunggu pada isnin depan. Hidup seminggu tanpa astro dan talian internet di rumah MEMANG agak membosankan. 

pandang ke atas untuk mengejar kejayaan dan pandang ke bawah untuk kita terus bersyukur atas nikmat-Nya

8 berkata-kata:

Kakzakie said...

Insya-allah lama-lama bila dah jadi rutin akan rasa mudah ee.

eelobor said...

Kakzakie: Insya Allah.... huhuhu sebenarnya nak habiskan sampai hujung bulan nie jer. Bulan depan saya masuk waktu kerja 8.30am hingga 5.30am. Takde la kelam kabut sangat pagi2 buta..... hihihi

cheqna said...

aloh..demo kijo dari kul 8.30am sapa 530am ko????biso demo..
lalalalalalala
*merujuk kepada jawapan komen balas kepada kakzakie tu*
baik ambolari duluuuu

eelobor said...

cheqna: hahaha.... pembetulan secara berfakta. 8.30am hingga 5.30pm jadual waktu anjal bagi WP3.... hahahaha.... buleh main ngan konselor nih sore

cheqna said...

cikgu bm ni kan...hahahaha

miloais milo said...

memula memang rasa perit lah...
lama2 dah terbiasa - tak rasa apa dah....
dedulu... rumah iols duduk amat jauh dari sekolah my doter... sheols sekolah pagi plak tu... keluar rumah setiap pagi 5:45am... untuk elakkan jam kat MRR2...
my doter kena bangun pagi pukul 5.... we - the parents - 4:30 pagi...

siti murni said...

umah baru jauh dari tempat keja eh...?

Citarasa Rinduan said...

dulu aku rasa semuanya tak berapa best bila berhadapan dgn perkara baru..
lama2 aku buka mata, ikhlaskan diri...

semua orang ada nasib masing2... so senyum!!!

bab Internet tu.. aku betul2 rasa TAK BEST tanpa ko singgah dan buli aku.. huhuhu

Kongsikan / ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...