Monday, March 05, 2012

Genap 4 Tahun Berhenti Merokok



Kali terakhir aku menggunakan lighter (pemetik api) nie pada malam 16 Mac 2008. Dan bermula keesokannya iaitu 17 Mac, lighter nie telah tersimpan sehingga sekarang. Ada 2 jenis, satu lagi jenis Aladdin dan telah di buang ketika berkemas masa nak pindah rumah tempoh hari. Lighter ini masih elok dan boleh di gunakan lagi.

Lagi 12 hari (17 Mac 2012), maka akan genap 4 tahun masihi aku berhenti seketika setelah bertahun2 menghisap rokok. Tak sabar nak menanti detik nie kerana ianya merupakan sejarah peribadi yang tersendiri yang patut aku boleh bangga dengan diri aku. Semoga angka ini akan terus bertambah dari setahun ke setahun. Insya Allah.... daripada sementara kepada berhenti sepenuhnya (kematian).

* "The goal of The Recovery Process is to assist a client to reconnect with who they are so they can identify how they fill time defending who they pretend to be" -8 Years..... Alhamdulillah

13 berkata-kata:

Lya Colours said...

caiyok caiyok !!!
amalkan gaya hidup sihat
1 malaysia, bebas rokok
cewah.hahaha

Kakzakie said...

Syukurlah sedar cepat (masih muda). Kalau tak mesti Muaz akan complain. Jadikan teladan pada anak-anak.

amirah said...

syukur...inilah yang terbaik bro

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..semoga bro terus istiqamah ya

eelobor said...

Lya Colours: hahaha... tocey... tocey

kakzakie: masa berhenti dulu... baru sebulan kahwin. terima kasih

amirah: Alhamdulillah.....terima kasih

sahromnasrudin: semoga bro.... Insya Allah. terima kasih

mama maman aka yana said...

17 mac eks... tuh pun date yg bermakna buat mama.. keeping gud job ok..

cheqna said...

alhamdulillah...
moga berterusan..
kuat semangat kompem boleh =)

Mak Lagenda said...

Wah..tahniah dah 4 tahun!! My asben masuk tahun pertama tapi untuk percubaan yang tah keberapa kali..

mama ju, said...

ASLKM ANAKANDA

Mama tabiklah!
Buka satu yg mudah tu,moga berterusan.

Citarasa Rinduan said...

tahniah beb..
aku sentiasa kagum dengan kau

anyss said...

Assalamualaikum,
Tahniah!

Jangan sambung semula bila dah bercerai talak 3 tu...kang Muaz tiru susah pulak.

Sharinginfoz said...

bagus bro...

*∽ IZAN ∽* said...

Tahniah..! tu memang satu kejayaan besar dalam hidup!!

Kongsikan / ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...