Perancangan minit2 akhir tapi berjaya juga direalisasikan untuk bertemu geng2 lama masa dok belajar kat Permatang Pasir, Pulau Pinang sekitar tahun 1996. Kenangan hanya sempat setahun bersama geng2 nie sebelum aku menyambung ke Arau pada 1997. Tetapi secara jujurnya, walaupun hanya setahun namun kenangan manis yang tercipta ketika zaman huru-hara begitu berkesan di hati.
Tak sempat nak buat plan elok2, perjumpaan hanya di buat di R&R Awan Besar, kerana 2 daripadanya baru pulang dari opis. Harap perancangan selepas ini untuk mengumpul lebih ramai lagi rakan2 akan tercapai dalam projek seterusnya pada hari Jumaat ini. Insya Allah..... semoga berjaya.
habis semua cerita2 lama di bawa keluar sehingga tak sedar minum air pun sampaikan berjam2
Kedai Makan MZ Darulnaim menyediakan pelbagai juadah makanan selera Kelantan. Lokasi terletak di Kampung Baru, berhadapan dengan Pusat Zakat (Baitulmal) dan juga Kuala Lumpur International Hotel. Gambar di bawah merupakan pelbagai jenis makanan dan kuih muih untuk sarapan pagi sahaja.
Berbagai aneka masakan lauk pagi
Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Lauk Ikan / Ayam, Laksa,
Laksam, Nasi Himpit dan banyak lagi
salah satu peberet masa kecik2 dulu
Hidangan ini cuma untuk sarapan pagi dan lain kali nak mencuba untuk masakan tengahari yang di katakan pelbagai lagi juadah di sediakan seperti ulam sayur, gulai darat / kawah, ayam percik, daging bakar, dan...dan...dan.... kita pergi cari & rasa sendiri kan? huhuhuhu..... selamat bersarapan pagi.
Malam esok iaitu 28/01/2012 Kuliyah Maghrib bersama Ustaz Azhar Idrus di Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Kelang. Bagi mereka yang tak mengetahu lokasi di mana masjid tersebut boleh la tengok peta kat sini.
Manakala untuk hari ahad 29/01/2012 pula, Ustaz Azhar akan menyampaikan kuliyah Maghrib di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau lebih dikenali dengan Masjid Negeri, Shah Alam. Namun bagi mereka yang tidak dapat menghadiri kuliyah tersebut, boleh la tengok secara langsung bermula 7.45pm di www.tvsnews.net atau tengok kat ustream.
Perancangan asal nak ke Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan terpaksa di
batalkan kerana orang terlalu ramai. Beratur untuk pilih lauk saja pun
dah berbaris panjang, itu belum tunggu masakan untuk siap. Keputusan di
ambil untuk mencari lokasi lain. Maka terjumpalah restoran ini yang memberi sedikit harapan setelah di kecewakan dengan lokasi asal. Saat kaki melangkah masuk, orang tidaklah begitu ramai sangat dan dalam hati bertanya sendiri, sama ada tempat ini terpencil jauh ke dalam atau memang masakan di sini kurang sedap?
Butter Prawn - *7/10
Kailan Ikan Masin - *8/10
Telur Bungkus - *6/10
Daging Masak Kicap - 7/10
Kerabu Mangga - *8/10
Tomyam Campur - *7/10
Ikan Siakap 3 Rasa - *8/10
Air Tembikai 2 Jug
Makan bersama adik beradik - *10/10
Akhirnya satu kesimpulan boleh di buat, jangan hanya pada luaran sahaja. Secara keseluruhan makanan di sini boleh di kategorikan agak sedap juga berbanding dengan lokasi2 lain yang aku pernah pergi. Makan sehingga kenyang. Dan yang paling seronok aku boleh bagi bintang penuh *10/10, apabila dapat makan bersama dengan adik-beradik. Secara kebetulan kami juga makan besar seperti mana kebiasaannya kaum cina yang berkumpul bersama ahli keluarga mereka untuk makan pada petang sebelum Tahun Baru Cina.
Pagi nie terbaca tutorial untuk Jailbreak bagi iPhone 4S / iPad 2 (A5) 5.0 atau 5.0.1 menggunakan Absinthe. Untuk masa sekarang ianya di datangkan hanya untuk versi mac dan belum lagi untuk windows atau linux. Caranya sangat mudah sahaja dan hanya memerlukan sedikit keyakinan jer. Aku pun takde pengalaman sangat tapi menggunakan kaedah try & error.
Untuk tutorial nie, aku cuba google dan membaca 3 entri berbeza mengenai cara2 untuk jailbreak. Agak cuak gak, risau andai telefon akan lebur jika tersalah langkah. Untuk mengetahui cara2nya, cuma buka jer google dan taip ler "tutorial untuk jailbreak iphone 4s 5.0.1". Begitu mudah bukan? Nak menyenangkan, aku menggunakan langkah2 di tutorial kat bawah.
Absinthe iOS 5.0.1 Jailbreak For iPhone 4S/iPad 2
NOTE: Please make sure you take a full back up of your device
before beginning. The Absinthe program uses a new jailbreak technique,
and although no problems are expected, the development teams waive any
responsibility if anything does go wrong.
Step 1: Download the compressed Absinthe package. Extract all files and run the executable file. Download link in the end. (klik untuk download absinthe)
Step 2: Connect your iPad 2 or iPhone 4S to your Mac
or Windows computer using a USB cable and launch the Absinthe tool and
you will be presented with a GUIas shown below: (gambar tak di sertakan)
Step 3: You will notice a button on the right hand side
of the Absinthe program which says ‘Jailbreak’. Once your device is
connected, click that button to begin the process. What looks like a
restore will begin on your device with the words ‘Restoring in Progress’
being present. Please do not touch the device, the process can be quite
time consuming.
Step 4: Once the restore is completed, unlock your iPhone / iPad and look for the ‘Absinthe’ icon which will now be located on
your device’s Springboard. Tapping the icon will momentarily launch the
GreenPois0n website, before causing your device to reboot. After the
reboot is completed, the aforementioned Absinthe icon will now be
replaced by a beautiful brown Cydia one.
NOTE: If you are receiving an ‘Error establishing connection’
message at this stage, exit to your Springboard and be patient. The
website servers are experiencing a tremendous increase in traffic so
just keep trying to launch the Absinthe ‘app’. Alternatively, as a quick
fix you can head over to the SETTINGS > GENERAL > NETWORK >
VPN entry and then toggle VPN to ‘on’. This will cause an error message
to be generated, which will reboot your device when dismissed. You can
then launch the Absinthe icon again.
Step 5: The steps are all over. Your device is
booted into a jailbroken state. You can now launch Cydia and follow
through the process of setting up your favorite tweaks and extensions.
As you can see, the process has been made as simple as possible using
this new powerful tool. The steps ands relatively easy and there isn’t
much work involved, but remember to make that important back up. (sumber dari sini)
Kalau nak di bawa telefon ke Low Yat, mahunya akan dikenakan caj yang mahal. Selalunya RM80 ke atas ler. Insya Allah..... langkah ini sangat senang lagi mudah & anda tidak perlu menghabiskan masa serta membazirkan duit seandainya ia semudah ABC kan. Selamat mencuba.....
*** update: Jailbreak iPhone 4S / iPad 2 iOS 5.0.1 for Windows ***
Untuk tutorial boleh tengok kat video di atas atau klik kat sini untuk download cinject.
1. open CMD.exe
2. cd to the cinject.exe
3. execute the command: cinject.exe -i payloads/jailbreak.mobileconfig
4. execute the command: cinject.exe -j payloads
5. execute the command: cinject.exe -w
6. toggle the VPN switch in settings
7. Wait for reboot
Terima kasih kepada JAKIM kerana telah membuat beberapa gerak gempur ke beberapa premis kedai makan dan mengambil berat akan isu halal-haram. Sememangnya makanan halal-haram ini tersangat2 penting bagi kita yang muslim nie, bukan main belasah jer kan? Semoga pemantauan yang berterusan dari pihak terbabit, tiada lagi keraguan kita sebagai pengguna yang mana satu logo halal swasta ler atau logo halal palsu. Salah satu kenapa doa kita tidak dimakbulkan Allah swt atau solat tidak khusyuk adalah berpunca daripada pemakanan seharian kita.
Hehehehe.... negara yang majoriti penduduk islam & agama rasminya adalah islam memerlukan pelekat logo halal. Sepatutnya semua kedai kena sediakan makanan yang HALAL & BERSIH dari segi penyediaannya kecuali kedai yang menyediakan makanan haram bagi orang islam, barulah di labelkan dengan pelekat "Tidak Halal - Untuk Bukan Islam Sahaja".
Sempat singgah ke Restoran yang menyediakan makanan dari timur tengah
iaitu Restoran Hadramawt, Taman Melati. Di sebabkan sudah biasa makan
nasi arab (restoran arab lain), menu pilihan kali ini adalah roti kebab.
Chicken Kebab yang berharga RM15 beserta roti 3 keping, manakala harga
bagi Shawarma Lamb adalah RM6. Secara keseluruhan boleh tahan juga roti
kebab nie. Lain kali aku nak mencuba nasi mandy atau mosqa pula di restoran ini.
Shawarma Lamb / RM6
Chicken Kebab / RM15
Jumlah caj keseluruhan termasuk air Teh O Ais Limau & Honew Dew yang berharga RM6 setiap satu adalah RM33. Ingatkan nak berjimat tak nak makan nasi malam, cuma makan roti jer. Rupa2 nya harga makan roti lebih mahal dari makan nasi berlaukkan ayam masak papprik, sayur kailan ikan masin, tomyam campur, telur dadar, udang goreng kunyit untuk 2 orang makan beserta 2 gelas air buah di kedai akak yang aku selalu makan dekat Sri Gombak. Hehehehe......
Loso : Koey Ruk Chun Bahng Mai
(Have You Ever Loved Me?)
Baru jer terlayan video klip nie kat youtube. Dah lama aku nak cari lagu nie, tapi lupa tajuk.
Maaf la andai entri hari nie, korang tak paham apa yang aku nak sampaikan. Cuma nak mengimbas kembali kenangan aku masa dok kat Pattani, Thailand pada tahun 2001 (11 tahun lepas). Masa tuh, berlaku peristiwa World Trade Centre (WTC) yang di langgar kapal terbang. Aku cuma tengok gambar jer la kat dalam TV Siam, sepatah haram pun tak paham apa yang di cakap.
Lebih kurang 4 bulan merantau membawa diri ke sana (pertama kali dalam hidup tak balik beraya puasa kat rumah), kumpulan siam Loso ini telah melekat dalam hati aku sehingga sekarang. Dan lagu ini lah yang aku hafal lirik (tak tau makna pun) sambil bermain gitar kapok dan syok sendiri melayan perasaan di tempat orang. Dan dalam tempoh itu juga, banyak lagu2 thailand yang masuk dalam kepala hotak aku. Malah sempat la jugak belajar bahasa siam sket2 ngan kekawan masa kat sana.
Apapun ianya kenangan peribadi yang terindah......
Anak abah tengah mengetest power kehensemannya. Bajet2 kunun boleh chelen ngan abah dia kut. Hahahaha.....
Dah banyak betul cermin mata hitam aku & wife yang telah di kerjakan si Muaz. Beli yang saiz kecik untuk dia pun dah abis jahanam dibuatnya. Sudahnya yang abah dia gak terpaksa jadi mangsa untuk mengetest cermin mata hitam. Hehehe.....
Jom kita layan bola dulu malam nie yer. ~Gomo Kelate Gomo~
Unifi merupakan perkhidmatan talian internet jalur lebar berkelajuan tinggi (High Speed Broadband-HSBB). Kini sudah lebih 3 bulan aku menggunakan perkhidmatan unifi. Sehingga ke hari ini, aku teramat2 sangat berpuas hati dengan perkhidmatan internet yang di tawarkan oleh TM ini dan tidak pernah lagi meragam.
Namun kos untuk melanggan perkhidmatan ini sangat tinggi rasanya jika nak di bandingkan dengan negara2 lain yang menawarkan pakej internet di negara masing. Unifi menyediakan perkhidmatan untuk penggunaan rumah atau juga pejabat dan di datangkan dengan pakej VIP5 (RM149), VIP10(RM199) & VIP20(RM249). *tidak termasuk cukai perkhidmatan.
Aku kini dalam proses untuk berpindah ke rumah di kawasan lain (re-allocate). Nasib aku tersangat2 baik kerana kawasan tersebut ada rangkaian untuk unifi. Risau gak andai tiada unifi, terpaksalah aku downgrade ke streamyx balik. Tak mau aku...... slow cam kura2 yang lumba lari ngan arnab masa sekolah rendah dulu. Camner aku tanpa internet kan? Huhuhuhu..... addict siut.
Setelah di buat pertanyaan, kos untuk memindahkan akaun unifi ini ke premis baru dikenakan caj sebanyak RM300. Perghhhh....mahal baban terrrr. Kalau nak tamat perkhidmatan lak kena penalti RM500. Malah aku yang bercadang2 untuk downgrade dari pakej VIP10 kembali ke VIP5 juga akan dikenakan caj lebih kurang RM300 jugak. Hahahaha..... memang betul2 buat duit la TM nih.
Nampak gaya, untuk mendapatkan perkhidmatan yang agak berbaloi terpaksalah keluarkan sedikit modal demi mendapatkan satu kepuasan yang hanya diri sendiri sahaja tahu apakah erti kenikmatan kelajuan internet yang tinggi. Terima kasih unifi kerana perkhidmatan yang laju serta kos yang terlalu MAHAL.
peringatan ini ditujukan buat diri aku sendiri.......
1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang
berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata kerana
Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah
bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi
kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati
seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi
tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.
2.
Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Di usahakan supaya menasihati
saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata,
“Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka
itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya
di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan
orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak
yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini
menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang
dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
3.
Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan
menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita
sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat
kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati,
kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang
melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk
bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata
utama yang perlu digunakan sebaiknya.
4. Memikirkan cara yang
terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu
saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih
sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan
tahu apa puncanya mereka begitu.
5. Memberi waktu dan kesempatan
kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan
yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa
mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang
pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada
Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan
jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin
ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.
Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.
Petang tadi aku pergi melawat anak sepupu aku di Institut Jantung Negara yang kini sedang berada dalam wad ICU setelah kritikal apabila menjalani pembedahan jantung. Adik Amir telah mengalami masalah jantung semenjak daripada lahir. Usia adik Amir cuma lebih tua 3 bulan dengan Muaz anak aku. (3 tahun lebih)
Amir sudah kerap mendapatkan rawatan susulan mengenai penyakit tersebut. Kini sudah beberapa kali di lakukan pembedahan dan akan sentiasa berada dalam kawalan serta rawatan yang berterusan. Kepada sepupu aku Fais iaitu ayah Amir, aku berharap tabah serta jangan putus asa untuk terus berdoa kepada Yang Maha Esa. Insya Allah.... semoga Muhammad Amir Safwan akan sembuh dan sihat seperti insan lain yang sebaya dengannya. Kita sama2 lakukan solat hajat serta berdoa untuk Amir.
Kepada pembaca blog ini, tujuan entri ini di tulis bukanlah untuk meminta bantuan kewangan. Namun aku amat berharap sekiranya korang dapat meluangkan sedikit masa berharga untuk sama2 mendoakan kepada Adik Muhammad Amir Safwan agar sembuh dan sihat wal'afiat serta dapat meneruskan kehidupan & keseronokan waktu kecilnya dapat kita realisasikan. Amiinn Ya Allah...
(Di izinkan serta di alu2 kan untuk berkongsi entri ini agar lebih ramai pembaca yang dapat meluangkan sedikit masa untuk berdoa untuk Adik Muhammad Amir Safwan).
Terkejut bilamana membaca akhbar harian metro online mengenai seorang pekerja swasta yang telah membeli telefon bimbit secara online sebanyak 3 unit berharga RM3,250 namun telah di hantar lesung batu yang cuma berharga RM14.50 yang mana tanda harganya pun masih belum lagi dibuang. Begitulah dunia internet yang kononnya tanpa sempadan ini, apabila ada segelintir manusia yang menggunakan peluang yang terhidang untuk menipu orang ramai.
Namun aku sendiri pernah ada pengalaman membeli barangan secara atas talian (online) iaitu sebuah telefon bimbit yang berharga RM2200. Aku tidak pernah jumpa pembeli ini kat luar. Kenal cuma kerana membaca blog beliau di Sinar Raudah dan juga saling berbalas komen di facebook. Namun ketika membuat urusan jual beli telefon, mungkin ini adalah yang paling pelik pernah aku jumpa. Terima dahulu barang (telefon), puas hati baru bank-in kan duit. Tak pernah ada orang buat urusan jual beli sebegini kan?
Begitulah, bukan kesemua jual beli online nie tak boleh dipercayai. Alhamdulillah kerana aku di ketemukan dengan seorang penjual yang sangat2 percaya kepada pelanggannya. Walaubagaimanapun berhati2 lah dengan setiap urusan jual beli dalam talian.
sekiranya tidak dapat tengok video di atas sila klik kat sini.
Pertama kali aku mendengar daripada Ustaz Don Daniyal, terus terpikat dengan gaya, cara & isi yang digunakan dalam penyampaiannya. Bagi ibu-bapa yang sudah mempunyai anak, atau pasangan yang bakal akan mempunyai cahaya mata atau juga kepada pasangan2 yang bakal berkahwin dan berhasrat untuk mempunyai zuriat, rasanya tidak rugi untuk meluangkan sedikit masa berharga untuk mendengar apa yang ingin di sampaikan oleh Ustaz Don Danial.
Jika yang sudah mendengar anggaplah ini sebagai ilmu yang perlu di tambah, atau di ulang2 kerana mungkin kita akan mudah terlupa. Allahu Akbar......
Malam nie akan berlangsung Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih di antara Juara Liga Super 2011 iaitu pasukan Kelantan akan bertemu Juara Piala Malaysia 2011 iaitu Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan yang membuka tirai 2012 ini di jangka sengit memandangkan kedua2 pasukan boleh dikatakan adalah terbaik dan dalam kelas yang tersendiri.
Apapun, malam ini aku tidak dapat memberi sokongan untuk hadir ke stadium kerana mempunyai urusan yang lebih penting lagi. Hehehehe..... apapun family first kan? Walaupun tak dapat ke stadium, bukan bermakna aku tidak memberi sokongan kepada pasukan TRW. Akan cuba sedaya upaya untuk tengok secara langsung melalui siaran Astro Arena 801 atau juga RTM1.
Selamat berjuang kepada kedua2 pasukan.
ada hati abah nak tinggal adik eh? kalau berani cuba laaa........