Wednesday, June 17, 2020

Semak Setiap Bil Yang Anda Dapat



Sentiasa Semak Bil Anda


Biasakan diri semak bil bulanan anda sekiranya bayaran yang perlu di buat berbeza amaun dari bulan sebelumnya. Hanya beberapa saat sahaja, sejumlah RM9 telah dicaj ke dalam bil bulanan. Mungkin jumlah yang kecil bagi anda tetapi ada kemungkinan akan terkena pada jumlah yang besar dilain hari.

Solution: telah hubungi pihak telco untuk membuat aduan dan disahkan ini kerja scammer walaupun kita tak ada menerima apa2 sms, atau klik apa2 link yang biasanya di terima melalui inbox sms atau email. Pihak telco juga menyatakan kebiasaannya disebabkan pengguna tidak memasang aplikasi perisian antivirus atau @ malware. (aikkkk kita pulak dah yang kena)

Tindakan: pihak telco dah block nombor tersebut. Rebate akan di beri tetapi berapa jumlah rebate belum pasti. Kena tengok pada next bill nanti. Rebate ini juga katanya hanya sekali sahaja. Sekiranya berlaku lagi pada bil akan datang, kita tetap kena bayar apa yang telah dicajkan.

Antara soalan ditanya: Adakah ini kesalahan pengguna yang tidak memasang aplikasi antivirus atau kelemahan pihak telco dari meningkatkan sistem sekuriti?

Jawapan: malas tulis nanti panjang. Bukan semua rajin membaca pun.

Baca juga kat sini pun lebih kurang juga isu tetiba kena caj kat dalam bil.

update: 28.06.2020

Mendapat panggilan kembali daripada perkhidmatan pelanggan memaklumkan bahawa caj tersebut adalah sah dan perlu dibuat bayaran oleh pelanggan. Apa yang dikatakannya boleh tolong adalah memberi rebate sebanyak 50%.

Wowww.... dah boleh cuba riki-riki line telco baru lah nampak gayanya ni!!!

Friday, June 05, 2020

Cara Untuk Menuntut Kembali Baki Wang Dalam Kad Touch 'n Go Yang Hilang

Sekiranya anda kehilangan kad Touch 'n Go yang masih mempunyai baki yang banyak dalam kad tersebut, anda boleh menuntut kembali baki wang tersebut dengan mengisi borang secara atas talian.

Anda boleh membuat carian di laman carian google berkenaan e-Refund touch 'n go atau boleh klik di sini. Paparan adalah seperti gambar di bawah.

















Seterusnya anda boleh tekan butang cetak (print) untuk simpanan peribadi atau screenshot jer untuk rujukan di masa hadapan. Setelah itu anda akan menerima email yang berkaitan.

Permohonan pembayaran balik baki kad akan diproses dalam tempoh 30 hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.

 Sekian, semudah ABC jer kan. Tunggu duit masuk jer la dalam akaun bank.

Wednesday, April 15, 2020

Adakah Funsea Games Store Scammer?

Pada 24.03.2020 ada mnenerima sms dari nombor 39179 (dari Celcom?) mengatakan aku ada membuat permohonan untuk membeli permainan dalam talian (online). Caj sebanyak RM16 dikenakan. Mesej sms tersebut pada seawal jam 6am.







Pada awalnya aku mengganggap ini hanya scammer yang memerlukan kita tekan pada pautan (link) yang diberikan. Mesej tersebut aku abaikan sahaja.

Sehinggalah menerima bil bulanan daripada pihak celcom, maka tertera lah caj tersebut dalam bil. 

Langkah mudah adalah dengan menghubungi pihak telco (service provider) dan maklumkan masalah yang berkaitan. Kebetulan akak perkhidmatan pelanggan yang menjawab panggilan aku pula sangat membantu dan mempunyai suara lemak madu harum manis


  • Apa yang penting, adalah buat pengesahan diri pemanggil
  • Laporkan masalah
  • Minta bantuan untuk blocked dari menerima mesej dari Funsea Games untuk akan datang
  • Minta untuk refund kembali sekiranya bil terkini telah dibayar atau sekiranya belum dibayar minta untuk dibuat pelarasan bil baru
  • Paling penting sebelum menamatkan panggilan, minta nombor aduan untuk rujukan dimasa akan datang
  • Pelarasan baru akan dibaut dalam tempoh 48jam



Nanti bila dah selesai akan terima satu lagi sms dari Celcom mengatakan kes telah selesai. Rebate untuk kes tersebut akan di kredit kan kembali ke akaun kita. Selesai.

Untuk makluman juga di laman SKMM juga ada menerangkan tatacara bagaimanakan untuk membuat aduan. Infografik di bawah menunjukkan bagaimana permulaan untuk membuat aduan di SKMM.