Minggu lepas ke Restoran Saba, berhadapan dengan stesyen LRT Setiawangsa. Ada dalam entri sini. Hari berkesempatan pula ke Restoran Rawsha, setelah di cadangkan oleh kak azieazah. Mengikut kata kak azie restoran tuh bertempat di Jalan Damai, off Jalan Ampang (belakang Yow Chuan Plaza - kaki karaoke mesti kenal plaza ni).
Tapi bila sampai ke situ, restoran berkenaan telah di tutup dan bertukar tempat. Lokasi baru dekat bulatan Kampung Pandan. Jika nak menghala ke Pandan Jaya, di sebelah kiri bersebelahan dengan restoran cina. Mengikut maklumat yang aku risik dengan penjaga parking tuh, dah 4 bulan lokasi perniagaan baru ni. Tempat sangat besar, luas, & amat selesa sekali. Walaupun tempat yang luas, namun tetap ramai & penuh dengan pelanggan. Manakalan mutu perkhidmatan bagus serta cepat dan amat puas hati. (aku bayar penuh tau tadi, tak de diskaun2 pun...hihihihi). Jom lah menjamu mata dulu....
lamb kebsha
chicken mandy
Barbican
kebab
Macam biasa menu untuk aku sudah semstinya kambing. Nama kat menu adalah Lamb Kebsa yang berharga RM19 sepinggan. Untuk standard aku rasanya boleh di habiskan kut. Tapi Menu yang di pesan wife adalah Chicken Mandy yang berharga RM20. Siap boleh di bawa balik sebab nasi banyak sangat katanya. Hehehe....tak de diet la aku, sebab boleh habis licin jer kat pinggan tuh.
beverage
aiskirim
Dari segi rasa & sedap memang berbaloi dengan harga yang di caj. Namun jika di buat perbandingan restoran yang aku pernah pergi minggu lepas, rasanya aku cadangkan kat sini lebih selesa dia punya persekitaran. Tempat yang luas dan nak makan pun tak berserabut sangat serta layanan yang mesra dari pekerjanya.
shisha - sudah sinonim
dengan restoran arab
pitu depan menghala ke tempat makan
Milo Ais - RM6, Cream Caramel - RM8, 2 Barbican berharga RM14 (RM7 sebotol), Chicken Mandy - RM20 sepinggan dan Lamb Kebsa - RM19 sepinggan dan semuanya berharga RM67 untuk 2 orang makan tengahari. Untung sungguh tokey. Entah berapa puluh riban sehari pun aku tak pasti. Yang soheh, meniaga makan nie memang untung berlipat kali ganda. Tak percaya cuba tanya Citarasa Rinduan berapa dia dapat untung dalam sehari. Kan...kan...kan, ayu kan?
makan nie, hari2 pun orang akan makan. tapi kain baju bukannya 3 kali sehari di beli
makan nie, hari2 pun orang akan makan. tapi kain baju bukannya 3 kali sehari di beli