Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini.
Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.
Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.
MAB berkata dalam kejadianjam 10.02 malam semalam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.
Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.
Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.
Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di Kuala Lumpur.
17 comments:
Salam...ishhh menakutkan..
subhanallah...takut nya..risau pulak nak naik kapal terbang lagi..huhu
mintak la tak berlaku lg kejadian cmnie lepas nie..
menakutkan juga
ee menakutkan lah... nauzubillah.. stuju dengan efa nur semoga tak berlalu lg perkara mcm ni...
teringin nak naik kapal terbang..
harap sangat kes nie tak membantutkan hasrat.....
Moga menjadi pengajaran buat mereka yang terlibat.
Tu berapa puluh ribu plak kerugian agaknya...
takutnya...mmg takut
kalu apa2 hal..tau saje lah kapa nih..huhu
akak ade gak pglmn naik goni..8 jam atas air asia..alhamdulillah xde apa2..spnjg 8 jam..pucat jah muko..napok muka bumi msia baru ceria sket..takut weh..
Tiada yang maut ke?..
ni takut pulak nak naik flight...heheh
uikss... bahaya gak tuh
nasib baik masa kakchik duk ulang alik swak dulu tak penah berlaku kejadian cemni..huhu
baru nak merasa naik airasia gi jepun, terhempas pulak memang menakutkan..huhu
Salam,
Saya pernah alami situasi macam ni. Awal tahun 2000, MAS pernah tergelincir dr landasan di Airport KB. Penerbangan jam 7.40 mlm, tergelincir dalam hujan juga tapi semasa nak berlepas, masih jejak bumi lagi. Akhirnya penerbangan ditunda hingga 11 malam dengan kapal lain. Seram sejuk je nak naik belon seterusnya tu...
seram.....malang tu tak berbau kan....mintak dijauhkan lah dari benda2 macam ni kan.....
salam kenal
Mujur terbabas,kala terhempas lg teruk...kesian ke pilot ter..menjawab jelah pasni...
relaevan: kalu ikut laporan tersebut hanya 4 orang yang cedera dan tak di maklum pula yang maut. rasanya macam takde kut....
teringat yang di Iran...
aduhai..menakutkan.
Post a Comment