Langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mempertimbangkan tarikh lahir sebagai penetapan tempoh akhir bagi memperbaharui lesen memandu adalah amat2 aku setuju dan menyokong penuh sekiranya di laksanakan nanti. Ini kerana aku selalu lupa bilakah lesen memandu aku akan tamat. Pernah gak sekali tuh lesen aku dah tamat hampir 3 bulan dan bawa kereta dah ke mana2 tapi terlupa tarikh tamat lesen tersebut. Nasib baik takde kejadian buruk yang menimpa, jika tidak mesti ada masalah kemudian hari sekiranya di timpa apa2 bencana.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.
"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.
Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.
"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya.
Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus. (kosmo)
14 comments:
Lesen memandu kakcik dah tamat tempoh entah berapa bulan lepas. Malas nak diperbaharui rasanya - sebab kakcik memang tidak memandu!
bagus jugak tu..senang nak ingat.
kakcik: jangan bagi expired setahun la kakcik walaupun dah tak memandu sebab nanti dah abis setahun, kena buat ujian baru kan?
dinsblog: aku pun setuju kalau bab2 gini
HEHE..akak penah sebulan mapuh lesen..selamba bowok kat kl masa tu..ehhehe
bagus gak buat gini..konpom xlupa date lahir
Kakak punya Ee walau tamat bukan ikut birthday tapi ikut road tax so memang tak boleh lupa....
Rasanya OK juga cadangan ni
bila la nak drive ni??ermmm..asik renew lesen je tp tak drive..
alamakkk!! seb baik baca entry nihh!!
my lesen expired next week! ha ha
Busy la besday boy/girl lepas ni.. asal nak sambut ari jadi je kena gi renew lesennn eheheheheh.
kang ada gak yg baik hadiah "renew lesen percuma" eheheheh
bagus idea tu...lesen memandu paling selalu dilupakan bila bab nak renew nih...
tang tinted tu patut dipertimbangkan...:)
aku setuju part renew ikut tarikh besday tu...sbb hubby aku pun lupa rupanya dia tak renew dekat 3 bulan dah..kalau ikut tarikh besday rasanya tak lupa lagi dah pas ni...hehe....
Kehkehkeh...lupa tarikh lahir akibat penuaan yg x tahan tuu.. :P
Cermin tinted tu dh sampai tahap wajib senornye..Cuaca semakin panas..
Silaunye ya ampun..Bukannya kita nk tinted smpai jd mcm cermin keta raja pun..cukup la sekadar nk melindungi mata dan kulit sdiri jek..
kawan MDT pun dah terkena..lambat dan tak ingat bila nak renew lesen,
at last dah expired, kena amik lesen lagi sekali..
kesian!
bagus jugak buat macam tuh. senang nk ingat
Rasanya bagus juga sebab senang nak ingat..
Post a Comment