PERATURAN
- Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
- Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.
Individu Yang Layak
- Warganegara Malaysia;
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
- Berkahwin;
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
- Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
Sila kemukakan salinan;
- MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
- Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
- Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.
Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA mulai Sabtu bersamaan 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). Borang ini juga boleh dimuat turun di sini atau di laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my.
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:
Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)
11 comments:
AS SLM. LAMA SY X KE SINI. APA KHABAR? PASAL BRIM NI SY ADA KAL KE PEJ CAW LHDN. SELAIN DARI ISI BORANG SECARA MANUAL KITA BLH APPLY SECARA ONLINE TERUS MELALUI WEBSITE LHDN.
Salam Azzey... terima kasih berkongsi info.
BORANG YG DLM ENTRY NI BORANG YG SEBENAR KE? SY CUBA MASUK WEBSITE YG AWAK BG LINK TU TP X JUMPA PON BORANG TU. MANA AWAK DPT BORANG NI?
OPPS...ESOK BARU 10HB KAN..LUPA PLAK..:)
huhuhu....mulai esok ler
thanks utk info ni..mesti isi ni..hehe
Salam.. tak nak tengok lee.. tak layak... kepada yang layak tu.. tahniah dan gunakan sebaik-baiknya..rezeki Allah bagi.. lain kali belum tentu dapat lagi..
Bagus ni bro letak step by step memudahkan orang untuk mengetahui
hari ni 10hb da...sy try cari borang BR1M ni..tp xjumpe...kat lmn web LHDN, treasury, pon takde...huhu...
yela x dek pon.. mungkin mule2 diorg memng nak sediakan aplikasi online kut, tapi passtu berub ah fikiran and x buat.. paper rini pun x sebut pun boleh didapati secara online.. haish
tq. dah download tadi. :)
Post a Comment