Restoran D'Harapan Seafood
Perancangan asal nak ke Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan terpaksa di
batalkan kerana orang terlalu ramai. Beratur untuk pilih lauk saja pun
dah berbaris panjang, itu belum tunggu masakan untuk siap. Keputusan di
ambil untuk mencari lokasi lain. Maka terjumpalah restoran ini yang memberi sedikit harapan setelah di kecewakan dengan lokasi asal. Saat kaki melangkah masuk, orang tidaklah begitu ramai sangat dan dalam hati bertanya sendiri, sama ada tempat ini terpencil jauh ke dalam atau memang masakan di sini kurang sedap?
Butter Prawn - *7/10
Kailan Ikan Masin - *8/10
Telur Bungkus - *6/10
Daging Masak Kicap - 7/10
Kerabu Mangga - *8/10
Tomyam Campur - *7/10
Ikan Siakap 3 Rasa - *8/10
Air Tembikai 2 Jug
Makan bersama adik beradik - *10/10
Akhirnya satu kesimpulan boleh di buat, jangan hanya pada luaran sahaja. Secara keseluruhan makanan di sini boleh di kategorikan agak sedap juga berbanding dengan lokasi2 lain yang aku pernah pergi. Makan sehingga kenyang. Dan yang paling seronok aku boleh bagi bintang penuh *10/10, apabila dapat makan bersama dengan adik-beradik. Secara kebetulan kami juga makan besar seperti mana kebiasaannya kaum cina yang berkumpul bersama ahli keluarga mereka untuk makan pada petang sebelum Tahun Baru Cina.
terima kasih kepada tuan sponsor....
12 comments:
Markah penuh untuk sessi makan bersama adik beradik. Alhamdulillah. :)
masing2 sibuk dan duduk lak jauh (dalam selangor jer) & ada komitmen masing2. peluang sebegini jarang2 jer......
wahhh...sedap nih!
hok sedaknyo bilo buleh make nga family..mknan tok sedak sikit pun buleh jd sedak bilo kumpul adik beradi..=)
makan beramai2 memang sangat besh..
lapo la plop....
x g kuano2 ko????
seronok makan ramai2, alamak lapar le pula
Assalamualaikum,
waaaaaaa cedap! cedap! memang betul2 make besar tu...
tiba2 aku sangat jelessssssssssssssss
nak ibu.. nak abah..
nak adik beradik akuuuuuu
bestnya tengok butter prawn tu. bersarang. niceeeeeeee
seronoknya sbb last skali tgk gambar makan besar ramai2 dgn adik beradik semua!
Bestnye makan ramai ramai....tunggu bday ayah xlma lagi....
Psss..trima kasih doakan rietta....ALHAMDULILLAH...rezeki ayah....
malam2 tengok makanan...laparlah pulak...
Post a Comment