Kebetulan hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami, petang tadi kami ke KLCC untuk mencari lokasi yang sesuai. Maklumlah, cuti kali nie kami tak kemana2 pun kerana sibuk dengan urusan rumah - membasuh & mengecat sebelum boleh berpindah hujung bulan nanti. Entah macam mana boleh terasa nak makan salad selepas tengok beberapa keping gambar kat google images. Walaupun hari ini terpaksa bekerja pada waktu pagi hingga jam 3.30pm, kami bergerak ke KLCC selepas asar tadi dan lokasinya di O'Briens, Irish Sandwich Cafe.
Iced Mocha
Cheese Cake
Classic Ceaser Salad
( Parmesan, chicken & chicken crisp,
crouton, olive, mixed leaves, ceaser dressing )
Chicken, Chicken Crisp & Cheddar Wrap
( with mixed peppers, red onion & tomato )
******
Perlu diingat bahawa aku suka berkongsi di sini tempat2 yang aku suka makan dan suka memberi komen berdasarkan rasa tekak aku. Sedikit pun tidak terlintas di hati untuk nak menunjuk2. Aku banyak menerima komen2 (bukan komen di blog) yang sinis mengatakan bermacam2. Niat aku berkongsi kerana untuk memberi pilihan kepada pembaca2 lain untuk membuat pilihan seandainya ingin mencari lokasi2 pilihan makanan. Begitu juga, aku suka membuat survey terlebih dahulu dengan membaca beberapa blog sebelum menerjah kemana2 kedai makan.
Aku tahu, itulah sifat manusia yang ada saja yang tak kena di mata mereka. Jika aku buat entri berkenaan makanan, kata aku suka makan. Kalau aku bercerita pasal family, ada yang kata aku bukan artis dan takde sapa pun yang nak baca kisah aku. Bila aku berkongsi pasal2 imu agama, kata aku nak tunjuk baik. Bila aku berkongsi artikel2 yang menarik, ada yang kata aku main copy paste jer. Ada saja yang tak pernah betul. Tapi terpulang lah kan. Aku berterima kasih kepada yang sudi menegur untuk memperbaiki kelemahan & kesilapan aku.
secara kebetulan kami berdua berkongsi hobi yang sama.....