Ice Cream - menu untuk MuazRM3.90
Kali ini sempat juga nak mencuba makanan di Restoran Rumah Thai yang
terletak di Taman Melati, Setapak. Pada bulan puasa yang lepas pun
pernah gak singgah nak makan kat sini tapi disebabkan lewat dan walk-in
jer, tiada lagi meja kosong. Tengah duk pikir2 lokasi kat mana nak makan
malam, lantas teringat nak mencuba makanan di restoran ini semasa duk
tengah drive kereta. Apa lagi kan?
Sayur Broccoli-8/10
Udang Mentega -8.5/10
Untuk hidangan semalam, kami mengambil set untuk 2 orang makan namun
terpaksa ambil nasi putih lagi satu disebabkan kami datang berempat
termasuk adik ipar. Tapi kira 3 orang jer lah makan sebab budak kecik
tuh (Muaz) cuma makan ice cream jer.
Ikan Kerapu 3 Rasa - 8.5/10
Ayam Pandan -7/10
Untuk set hidangan berharga RM42
termasuk Nasi Putih, Tomyam, Sayur Broccoli, Ayam Pandan & Udang
Mentega. Namun kami membuat tempahan berasingan iaitu Ikan Kerapu Masak 3
Rasa yang berharga RM7 untuk 100g dan juga Kerabu Mangga Muda yang
berharga RM8.90 sepinggan.
Kerabu Mangga Muda - 9/10
Tomyam - 7/10
Secara keseluruhan, makanan kat sini aku boleh bagi 8.5/10 dan sangat2
berpuas hati (ikut selera tekak aku ler). Kemungkinan akan ada siri ulangan untuk kali ke-2, tapi
yang pasti bukan dalam temoh yang terdekat ler. Yang pasti makanan kat
sini sangat berbaloi dengan harga2 yang ditawarkan. Kedai ini terletak
di Melati Utama, Setapak. Untuk maklumat lanjut, boleh tengok kat sini.
Hidangan makan malam kami bertiga
9 comments:
ayam pandan tu mace sedap jah
sedap jugok sebenarnya.... tapi sebab laik2 lain lagi sedap, tenggelam terus rasa dio
kerabu mangga feveret!!
mak oi...meriahnya
akak paling suka kerabu mangga dan broccoli...kalau sedap dan harga berpatutan pasti nak datang lagi kan...
sedapnyer.. untung la eelobor tau tmpt mkn yg sedap2... kami nih selalu blur nak gi cr mkn tmpt sedap2.. huhuhu...
boleh tahan juga makan kat sini
sedak weh demo jjcm sokmo..hehe
gulp! *mode telan air liuq*
Post a Comment