Tuesday, June 19, 2012

Makanan Untuk Ikan Laga Dari Muaz





Ingatkan entri tadi yang terakhir sebelum nak pergi bercuti nie. Mentang2 lah sebab nak bercuti lama, Muaz takut ikan kesayangan dia lapar kut. Maka dia dengan senang hatinya memasukkan 3 keping nugget, biskut oreo & juga corn flake ke dalam bekas ikan laga (ike kar'rieng) agar tidak kelaparan untuk tempoh 4 hari nih.

Hadoiiiii laaaaa...... anak bertuahhhhhhhhh.

Monday, June 04, 2012

Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)



Selama 5 hari menghadiri kursus Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang di kendalikan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Federation of the Deaf - MFD) dan di anjur oleh Institut Sosial Malaysia (ISM). Mempunyai beberapa modul, dan dalam masa 5 hari ini cuma di ajar modul yang pertama iaitu perkara asas seperti Pengenalan Diri, Keluarga, Tempat, Lokasi, Jadual & Pekerjaan. 

Semoga 5 hari ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.....Insya Allah.

5 hari tanpa rutin harian