Perisian Zello Walkie Talkie salah satu alternatif yang aku rasa boleh untuk di muat turun ke dalam telefon bimbit yang mana ianya berfungsi sebagai walkie-talkie. Perisian ini boleh di dapati secara percuma di i-tunes bagi pengguna iOS dan boleh klik kat sini untuk memuat turun manakala untuk pengguna android boleh klik kat sini.
Bagi kawan2 yang ingin pulang ke Kelantan dan ingin mengetahui status terkini mengenai keadaan semasa lalu lintas sepanjang perjalanan menuju ke Kelantan, boleh lah membuat carian pada #KL to KELATE selepas memasang perisian tersebut.
Cara penggunaan sangat mudah sepertimana kita menggunakan alat walkie-talkie dan ada butang tengah (seperti gambar di atas) yang perlu di tekan apabila mahu bercakap. Selepas memasang perisian tersebut, aku telah mencuba dan ketika itu ada pengguna 20 orang di atas talian termasuk aku. Mutu suara agak jelas namun untuk jarak pula aku belum pasti adakah perlu berada dalam linkungan kilometer tertentu dengan mereka2 yang berhampiran atau tanpa had. Bagi walkie-talkie biasa kebiasaannya linkungan jarak 2km. Bagi mereka yang ada maklumat, boleh komen untuk perkongsian bersama.
Gambar di atas & di bawah menunjukkan pengguna dalam talian yang boleh berinteraksi untuk berkongsi apa jua maklumat semasa dalam perjalanan nanti.
"kepulangan anda dinanti & bukannya ditangisi"
*p/s: untuk mengetahui laluan alternatif bagi mengelak kesesakan boleh tengok di entri "Panduan Dan Jalan Alternatif Menuju Ke Kelantan Bagi Mengelakkan Kesesakan Lalulintas"
10 comments:
memang bagus, anyway berhati2 di sepanjang perjalanan
kakcik baru tahu tentang perisian ini bila membaca di sini. Kakcik tak pasti sama ada iPhone kakcik mempunyai kemudahan itu atau tidak. :(
baru smlm husband soh install zello ni...oh bole tau ek traffik ni...tp kena ada org online la kn...smlm kwn hubby send gmbr dr greenwood udah jammed
menarik nikn?blhla try guna time2 raya ni :)
Telefon akak tak canggih...:)
Apapun doa akak kita semua selamat ke destinasi masing2 dan selamat pulang semual ke KL.
Haah...rietta piwn ada join....pkai android....tp ikut kwn kwn RAE....xtaw plak ada channel yg cam gitu...biasa ikut channel abg abg pemandu....
Amboi.. advance nih! Android compatible tak ekkk
saya dh suami dh guna.ok gak app ni. tp tak pasti jaraknya. rasanya di mana sahaja provided org yg kita nk cakap tu online. kitorng memng brwalkie talkie je. dalam rumah pun sama, nak bg ahmad terkejut..hehehe..tp kan suami saya bila ckp dlm ni selalu nk buat ckp mcm walkie talkie roger roger bola satu ke bola dua bagai padehal boleh je ckp mcm kita ckp biasa..hehehe
dah balik kg? slmt hari raya bro
salam aidilfitri dr mama yana sekeluarga..:)
Salam.....kalau ke selatan KL.....JB Speedway add kat papgo tq
Post a Comment