Dah agak lama tidak berceloteh di sini. Nak update entri pun semacam dah takde mood sangat-sangat. Nak tutup jer blog nie terasa sayang la pulak. Nak menulis perihal sendiri nanti ada yang kata syok sendiri jer. Nak update pasal anak-anak, nanti dikatakan macam la dia sorang jer ada anak. Nak cerita pasal makan-makan, nanti dikatakan menunjuk-nunjuk la pulak. Serba tak kena dan ituah antara puncanya dah lama blog nie tak ber"update' dan dah bersawang macam gambar kat bawah nie.
Kali nie terasa nak bercerita perihal diri sendiri la pulak. Lantak lah ada orang nak baca ker tidak. Nak kata apa pun kata jer lah sebab hidupku bukan kerana pujian dan tak matiku bukan kerana cacian.
Panjang la pulak merepek kan? Kali nie aku nak berkongsi mengenai berat badan aku yang dah berjaya dikurangkan hampir 10kg dalam masa tak sampai 2 bulan (7 minggu secara tepat). Yahoooooo..... dengan tak de ambik apa-apa jua jenis produk pun tau. Alhamdulillah dengan hanya mengamalkan cara pemakanan yang betul dan juga senaman, hampir 10kg dah berjaya dibakar lemak-lemak di sekitar perut dan punggung. Seronoknya-seronoknya aku......
sekarang dah duk tengah tau, target paling kurang
dapat jadi yang macam nombor 2 dari kanan pun dah okey
Target aku lagi 5kg untuk turun ke berat badan ideal sebelum menukar corak senaman dan pemakanan untuk terus mengekalkan berat badan seperti yang disarankan. Memang betulah seperti maklumat yang aku selalu baca dengan bantuan pakcik google, setakat mengamalkan diet pemakanan saja tak mencukupi kalau tak disertakan dengan senaman yang boleh mengeluarkan peluh dan meningkatkan kadar metabolisme badan. Lebih utama sebenarnya untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan penyakit. Kerana antara punca penyakit kebanyakkannya bermula dari gaya pemakanan seharian kita.
nasib baik wife tak minat bentuk badan suami
dia cam gini, kalau tak parah la nak dapat cam gini
Walauapapun, selama hampir 2 bulan ini takde la perit sangat untuk di lalui. Nak buat perubahan sangat senang tapi nak mengekalkan perubahan itu yang sedikit susah. Jika yang susah itu dapat di atasi, Insya Allah akan dapatlah hasilnya nanti. Semoga percubaan kali ke-2 aku ini untuk menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal dapat mencapai sasaran setelah percubaan pertama gagal pada tahun 2010 dulu. Chaiyook..... semoga berjaya buat diriku sendiri.
sila baca di sini: Cara Menurunkan Berat Badan
13 comments:
bravooo
nak minta sign kat autograf saya boleh.
pewwwet
eh.. kalau bentuk mcm tu?
amboiii saya pun tamo en zalie mcm tu.
nanti dlm 1 hari 10 calling dr awekss..
tamolahhh
Wah-wah-wah.... kagumlah kakak dgn Ee. Tahniah dan kakak percaya target/sasaran mesti boleh dicapai.
wah...tahniah awk....moga trus berjaya...
wah mr obor...2 bulan 10kg turun, biaq betoi...anyway tahniah because you do without help from the-much-promoted-health-slim-thingy.
eh.. wlpun saya sibuk.
saya ttp update blog.
tolong update ya boss.
entry muaz satu pls
Psss...ekekeke....dh kamer dok dngar oghe royak gitu....gapo namo ghima....ekekeke...syur besar tu, bleh wt make sekapung deh....
sy minat body yg tough like yg last sekali tp sy dapat yg paling depan (kat pic yg no dua tuh) camner..?? kikiki
dan sy pun semakin meningkat menurut dia lak.. sama2 naik dan naik.. hahaha
Waaaa weeee... turun sampai 10kg tanpa apa2 product ? pencapaian yg boleh di banggakan ni.
Err... tak bleh ke citer pasal family..? kalo tgk mak2 orang punya blog ni mmg citer tak habis2 pasal anak, anak.. anakk.. diri sendiri, family... dan anak lagi hihihihi. Rasa cam normal jee..ade ke org nak mengata? bukan kita yg suh derang baca pun hihihi
wahhhh....tahniah dah berjaya.. anyway..'kipidap' and gud luck. seronok lah wife anda ea...
pedulikan je apa kata orang..blog kita..suara kita.
All the best
Psss....ooo sama ngn rietta msa kecik kecik...tpi bbrpa tahun kebelakangan nie...rietta suka plak pkai perfume...
Kongsi sket cmane nk trunkn brat 10kg slma 2 bln..mkn mcmamane..exercise ape
Post a Comment