Sebenarnya tidak susah untuk sesiapa memberikan pulangan bulanan 10%
kepada ‘pelabur’. Malah anda sendiri pun boleh melakukannya! Ya, anda
juga boleh memberikan pulangan bulanan 10% kepada ‘pelabur’ walaupun
anda tak tahu menahu tentang pelaburan.
Bagaimana?
Sebagai contoh, siMat telah melabur RM1,000 dengan anda kerana anda menjanjikan pulangan 10% sebulan.
Apa yang anda lakukan ialah untuk memulangkan RM100 setiap bulan untuk
10 bulan berikutnya kepada Mat. Ya, anda menggunakan duit Mat sendiri
untuk memberikan pulangan 10% sebulan tersebut kepadanya.
Dan
untuk mengaburi mata Mat, anda ceritakan kepadanya yang anda membuat
pelaburan atau buat bisnes yang terer-terer. (Kadangkala anda mungkin
ada bisnes sebenar tetapi untungnya cukup makan saja. Jadi, anda gunakan
bisnes ini sebagai ‘front’ saja; pulangan yang diberikan masih daripada
wang Mat sendiri.)
Kalau dia tanya banyak-banyak, anda gunakan
terminologi high finance seperti offshore, tax arbitrage, derivatives
atau forex. Mat pasti akan senyap sebab dia tak tahu menahu apa semua
ini.
Lepas tu anda tunjukkan juga senarai nama ‘pelabur’ dalam
skim anda, termasuklah doktor, peguam, engineer, lecturer dan malah
Dato’-Dato’. Dan untuk mengaburi mata Mat lagi, anda (menyalah)
gunakan ayat-ayat Islam dan menceritakan yang anda melakukan semua ini
untuk menolong orang Melayu.
Uploadkan juga gambar anda memberi
derma kepada anak-anak yatim dan mereka yang dalam kesusahan. (Anda tak
kisah dan murah hati sebab wang yang diderma itu bukan wang anda!)
Kalau ada orang luar yang mengexposekan operasi anda, anda tepis dengan
mengatakan mereka
(1) busuk hati dengan usaha anda cuba memajukan orang
Melayu;
(2) tak berhak untuk komen sebab mereka tak menyertai pelaburan
anda dan oleh itu tak faham konsepnya;
(3) nak promote diri mereka
sendiri dengan menjatuhkan anda.
Apa yang anda TIDAK akan lakukan ialah untuk menceritakan kepada Mat yang anda recycle wangnya sendiri.
Jadi Mat akan mendapat ‘pulangan’ (wangnya sendiri) 10% setiap bulan
untuk bulan-bulan berikutnya. Ini bukan saja membuatkan dia gembira
tetapi lebih utamanya ‘membuktikan’ kepadanya yang skim anda bukan
sahaja betul tetapi merupakan pelaburan impian!
Apa yang akan berlaku kemudian:
(1) Mat akan menjadi pengikut setia anda sehingga sanggup maki hamun sesesiapa yang mengexposekan anda;
(2) Mat akan tidak puas hati dengan RM100 sebulan. Selepas 4 atau 5
bulan, dia akan menambah ‘pelaburannya’ untuk mendapat pulangan yang
lebih tinggi. (Mat dapat duit untuk menambah pelaburannya kerana dia
menjual tanah bapanya atau buat personal loan atau gadai barang kemas
isterinya.)
(3) Dan kerana anda memberikan insentif komisen
kepadanya, Mat akan merekrut orang lain untuk turut join ‘pelaburan
hikmat’ anda. Mat akan mencanangkan peluang indah ini di seluruh Malaya!
Jadi tuan-tuan dan puan-puan, itulah dia ‘helah’ yang dilakukan oleh
pengusaha-pengusaha scam untuk menarik orang untuk ‘melabur’ dengan
mereka.
ADUHH!!!
Perkongsian tips oleh Saudara Azizi Ali Mentor Wang.
Tengok juga ulasan oleh Dr.Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam video di bawah;
Tengok juga ulasan oleh Dr.Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam video di bawah;