Friday, November 04, 2016

Permohonan Bantuan Kebajikan Masyarakat Secara Atas Talian (Online)




Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini telah membuat satu penambahbaikkan dengan mewujudkan permohonan atas talian*  bertujuan untuk memudahkan klien jabatan (golongan sasar). Walaubagaimanapun buat masa ini, projek perintis ini dilaksanakan secara berperingkat dan bermula dengan Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Labuan.

 
Pemohon juga boleh membuat semakan status permohonan bantuan secara atas talian* seperti mana gambar di atas.


 

sumber dari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Borang Permohonan Bantuan Kewangan (JKM18) - Permohonan Baru.

Borang Kajian Semula Bantuan (JKM20) - Kemaskini maklumat.

*** istilah atas talian atau juga dalam talian adalah merujuk kepada perkataan "online". Boleh baca di sini.


4 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Bagus macam ni eelobor..
Senang .. hanya dihujung jari ajer..

Cik Tie said...

ahaa eelobor... semua maklumat sekarang dihujung jari je. tapi kekadang tu ia cam menyusahkan kita juga pun ada

Zue said...

Nk minta bantuan pon kene kuar duit..nak pi jumpa nak naik apa....bas teksi grab semua duit..kenapa tak salurkan terus ke masjid2..senang penduduk nk berurusan ...ni bukan menyenangkan tp membebankan di mana bantuan itu akan sampai pada yg bukan fakirlh jwbnye

eelobor said...

Rasanya Puan Zue salah faham kut, bantuan JKM bukan hanya kepada muslim sahaja yang perlu di salurkan terus kepada masjid. Mungkin pihak masjid telah ada menjalankan jalinan kerjasama dari segi maklumat asnaf dengan pihak zakat/baitulmal.

Bagi yang betul2 susah & tak berkemampuan, sekiranya Puan Zue mengetahui maklumat pula boleh la jadi "mata & telinga" dengan menyampaikan info secara terus sama ada kepada pihak JKM, pihak pengurusan zakat/baitulmal, badan2 NGO's yang menjalankan kerja2 kebajikan, pemimpin tempatan dan sebagainya supaya pihak terbabit yang perlu turun padang mencari golongan terbabit.

Apapun tak semua benda datang secara bergolek. Kenapa kita di sarankan berusaha? Supaya kita lebih menghargai setiap bantuan yang di terima.