Saturday, March 24, 2018

Resepi Menghentam Pusat Zakat



Resepi Menghentam Pusat Zakat:

Gambar orang susah + Sedikit tulisan yang menyentuh perasaan mengenai kesusahan orang tersebut = komen-komen menghentam Pusat Zakat akan masuk bertalu-talu

Tapi tak ramai yang berfikir panjang dan bersangka baik di dalam jaluran ini:

1) PERIKSA DAHULU KES

Berapa kali kita tertipu hanya dengan gambar rumah yang buruk dan usang, anak yang ramai atau memakan nasi tanpa lauk. Bila diperiksa secara teliti rupa-rupanya Pusat Zakat telah membantu keluarga tersebut bertahun-tahun lamanya, di samping keluarga itu juga mendapat bantuan dari NGO-NGO lain.

2) DIDALANGI SINDIKET

Pernah juga beberapa kali terlepas maki hamun kepada Pusat Zakat kerana tidak membantu, tapi akhirnya diperjelaskan bahawa pengemis tersebut adalah ahli sindiket dengan modus operandi yang sama bertahun-tahun. Bila ada Jabatan Kebajikan atau Pusat Zakat nak datang bantu, mereka lari. Bila ada orang nak mengambil gambar, mereka marah.

3) MENGEMIS ATAU SUSAH 'BY CHOICE'

Kepada yang biasa turun membantu di lapangan, pasti akan terjumpa beberapa kes sebegini. Mampu dan sihat bekerja, tetapi memilih untuk tidak dan kekal susah (atau kelihatan susah) sebab inginkan dana. Itu belum dikira kes-kes mereka yang mengambil dadah mahupun berjudi.

4) PUSAT ZAKAT SEBAGAI PEMEGANG AMANAH AWAM

Sebagai pemegang amanah, Pusat Zakat perlu betul-betul memastikan penerima bantuan adalah tulen dan golongan yang benar-benar memerlukan. Ingat. Tugas Pusat Zakat adalah lebih menjurus kepada MEMBANTU, MEMBINA dan "MENGHAPUSKAN" kemiskinan (tertakluk kepada kes semestinya). Bukan MENANGGUNG kehidupan seseorang itu selama-lamanya. Ideanya adalah bantuan kepada insan-insan yang memerlukan sehingga mereka boleh kembali menyertai sebahagian dari masyarakat yang produktif (kepada yang mampu bekerja).

Saya akui, dan saya rasa Pusat Zakat pun tahu, dan cuba, untuk memperbaiki kekurangan dan menambah-baik perkhidmatan mereka. Tetapi untuk kita sentiasa menunding jari kepada Pusat Zakat seperti mereka duduk goyang kaki sahaja, pada saya, adalah suatu tuduhan yang kurang adil.

Dan jangan kita lupa, tugas membantu itu bukan terletak di bahu Pusat Zakat semata-mata.

Ianya terletak di bahu kita juga sebagai salah satu komponen di dalam komuniti..

Dari fb:Jamalee Baashah

Kredit kepada Ku Mohd Zaidi.

3 comments:

makcikkantin said...

Setuju. Tapi mmg elok lah kalau org2 pusat zakat sendiri turun padang cari yg susah ni kan, beri bantuan sewajar, pantau dan mungkin juga, "guide" utk keluar dari kesusahan tu

eelobor said...

Terima kasih makcikkantin. Yer saya juga sependapat dengan makcik agar staff2 zakat supaya dapat merancakkan kan lagi program2 turun padang mencari asnaf. Kita juga sebagai masyarakat boleh menjadi mata & telinga kepada pihak berwajib dengan menyampaikan maklumat yang tepat. Sama-sama kita fikir & renungkan adakah kemiskinan @ kesusahan itu adalah suatu takdir atau pilihan?

anyss said...

Assalamualaikum,
Macam2 pesen dah sekarang ni. Masa Bah Kuning dulu tu pun nampak jugak banyak kes sanggaup dok dalam khemah berbulan-bulan padahal rumahnya ok aje...semata2 nak dapatkan bantuan huhuhuhu