Aku berada di sini,
Kerana tidak ada kesejahteraan dalam diriku.
Sehinggalah aku bersemuka dengan diriku sendiri.
Akhirnya dalam mata dan
hati orang lain,
Aku dalam
pelarian
Sehinggalah aku memujuk mereka berkongsi rahsia-rahsiaku.
Aku
tidak akan terselamat daripadanya,
Takut dikenali, aku tidak akan dapat
mengenali diri sendiri
Atau orang lain, aku akan keseorangan.
Di manakah
dapatku temui cermin yang sebegitu rupa?
Kalau tidak di dataran milik
kita bersama ini.
Bersama-sama akhirnya,
Aku dapat menjelma dengan jelas
di hadapanku,
Bukan sebagai gergasi akan mimpi-mimpiku
Atau si kerdil
dalam ketakutan,
Tetapi sebagai sebahagian daripada insan
Yang berkongsi
satu tujuan.
Di dataran ini aku dapat menunjang akarku
Dan membesar
tiada lagi keseorangan,
Bagaikan dalam kematian,
Tetapi hidup untuk
diriku dan orang lain.