Tuesday, November 06, 2018

Aku Berada Di Sini

Aku berada di sini,
Kerana tidak ada kesejahteraan dalam diriku.
Sehinggalah aku bersemuka dengan diriku sendiri.
Akhirnya dalam mata dan hati orang lain,
Aku dalam pelarian 
Sehinggalah aku memujuk mereka berkongsi rahsia-rahsiaku.
Aku tidak akan terselamat daripadanya,
Takut dikenali, aku tidak akan dapat mengenali diri sendiri 
Atau orang lain, aku akan keseorangan.
Di manakah dapatku temui cermin yang sebegitu rupa? 
Kalau tidak di dataran milik kita bersama ini. 
Bersama-sama akhirnya,
Aku dapat menjelma dengan jelas di hadapanku,
Bukan sebagai gergasi akan mimpi-mimpiku 
Atau si kerdil dalam ketakutan, 
Tetapi sebagai sebahagian daripada insan 
Yang berkongsi satu tujuan. 
Di dataran ini aku dapat menunjang akarku 
Dan membesar tiada lagi keseorangan,
Bagaikan dalam kematian,
Tetapi hidup untuk diriku dan orang lain.

2 comments: