Tuesday, June 18, 2019

Kenali Ciri Durian Musang King


Balik kerja tadi singgah ke beberapa gerai tempat menjual durian dengan niat untuk survey harga untuk beberapa jenis durian tempatan seperti Musang King, XO, IOI, D24 dan beberapa jenis lain lagi.
Dan daripada kesemua gerai yang ditanya tadi memberi jawapan yang sama iaitu harga durian adalah mengikut harga pasaran harian. Harga hari ini mungkin berbeza dengan hari esok dan mungkin juga pada harga yang sama. Dah macam main saham atau harga emas pulak yer.
Cuma bezanya harga untuk hari minggu iaitu bermula jumaat, sabtu dan ahad harganya adalah lebih mahal berbanding hari isnin hingga khamis. Dalam hal ini harga durian sama macam harga bilik hotel atau nak beli tiket masuk ke waterpark pula iaitu agak mahal pada weekend berbanding weekdays.
Dah la jual ikut timbang kilo. Hanat tul la weiii. Alang-alang dah masuk banyak gerai tu, akhirnya termakan juga rachun untuk merasa raja bagi segala raja buah ni. Dapat la merasa seulas yang berharga RM10. Sebiji ada 5 ulas, maka berjumlah hamlir RM50 la sekali makan.
Puas hati memang la puas hati habaq hang. Tersangat berbaloi. Isi yang cantik dan rasa yang sangat sedap. Macam dah tak nak sentuh jenis lain.
“Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan ?”

Kenali Ciri Durian Musang King
(sumber: www.belangtarung.com)

1. Berbentuk bujur seperti bola ragbi
2. Batang induk (mahkota) tidak berduri serta berwarna coklat. 
3. Tangkai juga lebih panjang berbanding tangkai durian lain
4. Duri berbentuk piramid
5. Bahagian bawah buah berbentuk bintang (starfish)

     

Friday, March 15, 2019

Jenis-jenis Sahabat (kawan)


Ada sahabat.. dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian.

Ada sahabat... dia macam gula. Sedap bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi... tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.

Ada sahabat... dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu.

Ada sahabat... dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. Ter craving-craving... terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna.

Ada sahabat... dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah.

Walau kategori mana pun anda berada semuanya saling melengkapi hidup ini. Semuanya penting.

Terima kasih atas jalinan persahabatan kita dan semoga kita ikhlas bersahabat kerana Allah. Semoga ukhwah antara kita semakin erat.

Anda semua adalah sahabat garam, gula, beras, sayur dan desert saya.. Maaf kan aku kerana aku adalah sahabat yang ada tidak menambah, bila tiada tak mengurang.


~cnp

Thursday, February 28, 2019

Fearmongering - "Menimbulkan Ketakutan Awam Dalam Sesuatu Isu?"



"Fearmongering" setelah di google translate kan maka ianya memberi maksud "membangkitkan ketakutan awam atau penggera mengenai isu tertentu".

Semenjak dua menjak isu doula douli cikeboom cikeboom aka doula ektremis hangat diperkatakan netizen di laman media sosial, maka kerap kali lah terbaca istilah fearmongering atau scaremongering ini. Golongan ini dikatakan mereka-reka cerita dengan niat untuk menakut-nakutkan para ibu mengandung kononnya akan menghadapi masalah jika bersalin di hospital. (merujuk kepada doula ektremis).

Boleh dikatakan dalam kehidupan seharian kita akan menempuh situasi yang sama. Secara tak sedar kita akan dimomokkan dengan sesuatu perkara. Hantar motor ke kedai pomen nak tukar minyak hitam jer. Dapat jer kat pomen, maka berjela-jela la dia punya syarahan percuma.

"Ohh...ini nak kena tukar la. Ini kalau you tak tukar, lagi rosak teruk woooooo"

Nampak tak dia punya permainan kat situ?

Begitu juga di bengkel kereta. Ada jer benda yang tak kena di mata mereka. Walhal kereta tu elok-elok jer nak di pam tayar sebab angin kurang jer pun. Tak pasal-pasal kena tukar tayar sekali (penafian: di larang baca dengan nada pembaris).

Telefon korang rosak? komputer atau laptop rosak? Haaaaa cuba korang bawa ke kedai untuk baik pulih. Kalau korang takde pengetahuan asas tentang sesuatu perkara tu, maka bersedia lah untuk di hari raya aidiladha kan sembelih hidup-hidup.



Begitu juga jika pernah di momokkan dengan cerita Negara Isketambola ini akan bangkrap la. Gaji kakitangan awam sudah tidak mampu di bayar lah. Hutang negara semakin bla..bla..bla, cukai bla..bla..bla, ptptn bla..bla..bla, tol bla..bla..bla, kos sara hidup bla..bla..bla... maka krikkk krikkk krikkk jer la.

Di antara contoh-contoh situasi yang diberikan seperti mana di atas, kita dah boleh agak pihak mana yang akan beroleh keuntungan dalam menimbulkan situasi panik ini dan golongan mana pula yang akan rugi.

Itulah antara beberapa contoh fearmongering atau scaremongering yang berlaku. 

Tuesday, February 26, 2019

Gurindam Jiwa Luka (Terkenang Semasa Dulu)

gambar dari google images

Indahnya masa lalu ,
Tanpa wassap tanpa muko buku ,
Tok payoh mikir internet slow ataupun laju ,
Tak dok  raso serabut ,tak dok  raso saru ,
Tok sero puas ,tok sero jemu .
Orey kampung pulok pakat-pakat bersatu .
Kalu susoh ,pakat-pakat bantu .
Hubungan memey erat sungguh zamey ritu ,
Serupo adik-beradik walaupun pangkat 3 pupu.

Orey tuo duk titih keturunan siey maley ,
Bowok anok kenal worih , beley-beley gi jaley ,
Kalu  saloh jupo tengoh tepi jaley ,
Tak dok lah caro nok baloh ko nok perey ,
Mano tahu takut - takut sapey ,
Kurey-kurey ado jugok tempat buleh menumpey ,
Buleh sehari semaley .

Celik  jah butir mato bangun pagi ,
Turun rumoh , hungar gi ,
Tok caro doh ko makey nasi ,
Tok soh kato lah ko nok mandi ,
Pasal saing-saing ni duduk nati .
Kadey-kadey kito sendiri pun tok sir gi .
Tapi saing ni mari turut mari cari ,
Tengoh tidur pun gerok lagi .
Mugo tok sir wi saing sero hati ,
Gi jugok lah walau sebeloh kaki .

Dulu-dulu saing tino jatey ,
Orey tuo pun x rajin larey ,
Kadey-kadey mandi pun telanjey ,
Tapi tak dok raso pun nok pegey ,
Badi-badi bereney , badi-badi nyeley ,
Tapi tok rajin jadi bendo sumbey ,
Bezo sungguh nga budok sekarey ,
Jangey lok , jangey lah tebey .

Bilo maley hanyo bertemankan pelito .
Tak dok air cond , kipas apo .
Sejuk tok soh lah duk kato ,
Pukul 10 limut likuk , tok kabar apo .
Mugo maso tu udara memey berbezo.
Kadey-kadet royak budok loni , demo tok cayo .
Kato kito sajo reko cerito .
Nok wat guano , biarlah ko dio .
Demo-demo ni tok dey nok raso .
Beley-beley nulis baco bowoh pelito .
Ramai jugok hok telah berjayo ,
Tahniah dari ambo untuk semuo.

Budok-budok dulu nga loni jauh bezo .
Demo tok main doh serupo kito mulo.
Main talipon , tok kiro maso .
Tok caro pagi petey maley buto.
Dengan orey tuo pun wat  tok caro ,
Mugo saing samo-samo dio .
Kecek nga kito pun tok tengok  doh butir mato .
Tok kato anok orey , anok sapo .
Tapi tidoklah melibatkan semuo.

Kadey-kadey terlintas jugok daley hati ,
Indahnya hidup dulu banding loni.
Kalulah  maso buleh diputar kembali .
Walaupun jerit , walau tangisi ,
Kito keno jugok akui .
Maso dulu tok akan kembali lagi .

Beley-beley duk nengung sorey diri ,
Lamunan ku tibo-tibo berhenti ,
Pah mano lah saing dulu gi ,
Puas jejok , puas cari ,
Tapi raso sedih jugok daley hati ,
Kabar tok kabar , air mato ngalir di pipi.
Ruponyo ramai doh saing dijemput ilahi.
Al Fatihah dariku untuk sahabat hok  telah pergi .
Semoga roh mereka dicucuri dan dirahmati.