Thursday, February 28, 2019

Fearmongering - "Menimbulkan Ketakutan Awam Dalam Sesuatu Isu?"



"Fearmongering" setelah di google translate kan maka ianya memberi maksud "membangkitkan ketakutan awam atau penggera mengenai isu tertentu".

Semenjak dua menjak isu doula douli cikeboom cikeboom aka doula ektremis hangat diperkatakan netizen di laman media sosial, maka kerap kali lah terbaca istilah fearmongering atau scaremongering ini. Golongan ini dikatakan mereka-reka cerita dengan niat untuk menakut-nakutkan para ibu mengandung kononnya akan menghadapi masalah jika bersalin di hospital. (merujuk kepada doula ektremis).

Boleh dikatakan dalam kehidupan seharian kita akan menempuh situasi yang sama. Secara tak sedar kita akan dimomokkan dengan sesuatu perkara. Hantar motor ke kedai pomen nak tukar minyak hitam jer. Dapat jer kat pomen, maka berjela-jela la dia punya syarahan percuma.

"Ohh...ini nak kena tukar la. Ini kalau you tak tukar, lagi rosak teruk woooooo"

Nampak tak dia punya permainan kat situ?

Begitu juga di bengkel kereta. Ada jer benda yang tak kena di mata mereka. Walhal kereta tu elok-elok jer nak di pam tayar sebab angin kurang jer pun. Tak pasal-pasal kena tukar tayar sekali (penafian: di larang baca dengan nada pembaris).

Telefon korang rosak? komputer atau laptop rosak? Haaaaa cuba korang bawa ke kedai untuk baik pulih. Kalau korang takde pengetahuan asas tentang sesuatu perkara tu, maka bersedia lah untuk di hari raya aidiladha kan sembelih hidup-hidup.



Begitu juga jika pernah di momokkan dengan cerita Negara Isketambola ini akan bangkrap la. Gaji kakitangan awam sudah tidak mampu di bayar lah. Hutang negara semakin bla..bla..bla, cukai bla..bla..bla, ptptn bla..bla..bla, tol bla..bla..bla, kos sara hidup bla..bla..bla... maka krikkk krikkk krikkk jer la.

Di antara contoh-contoh situasi yang diberikan seperti mana di atas, kita dah boleh agak pihak mana yang akan beroleh keuntungan dalam menimbulkan situasi panik ini dan golongan mana pula yang akan rugi.

Itulah antara beberapa contoh fearmongering atau scaremongering yang berlaku. 

No comments: