Tuesday, June 18, 2019

Kenali Ciri Durian Musang King


Balik kerja tadi singgah ke beberapa gerai tempat menjual durian dengan niat untuk survey harga untuk beberapa jenis durian tempatan seperti Musang King, XO, IOI, D24 dan beberapa jenis lain lagi.
Dan daripada kesemua gerai yang ditanya tadi memberi jawapan yang sama iaitu harga durian adalah mengikut harga pasaran harian. Harga hari ini mungkin berbeza dengan hari esok dan mungkin juga pada harga yang sama. Dah macam main saham atau harga emas pulak yer.
Cuma bezanya harga untuk hari minggu iaitu bermula jumaat, sabtu dan ahad harganya adalah lebih mahal berbanding hari isnin hingga khamis. Dalam hal ini harga durian sama macam harga bilik hotel atau nak beli tiket masuk ke waterpark pula iaitu agak mahal pada weekend berbanding weekdays.
Dah la jual ikut timbang kilo. Hanat tul la weiii. Alang-alang dah masuk banyak gerai tu, akhirnya termakan juga rachun untuk merasa raja bagi segala raja buah ni. Dapat la merasa seulas yang berharga RM10. Sebiji ada 5 ulas, maka berjumlah hamlir RM50 la sekali makan.
Puas hati memang la puas hati habaq hang. Tersangat berbaloi. Isi yang cantik dan rasa yang sangat sedap. Macam dah tak nak sentuh jenis lain.
“Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan ?”

Kenali Ciri Durian Musang King
(sumber: www.belangtarung.com)

1. Berbentuk bujur seperti bola ragbi
2. Batang induk (mahkota) tidak berduri serta berwarna coklat. 
3. Tangkai juga lebih panjang berbanding tangkai durian lain
4. Duri berbentuk piramid
5. Bahagian bawah buah berbentuk bintang (starfish)