Wednesday, April 15, 2020

Adakah Funsea Games Store Scammer?

Pada 24.03.2020 ada mnenerima sms dari nombor 39179 (dari Celcom?) mengatakan aku ada membuat permohonan untuk membeli permainan dalam talian (online). Caj sebanyak RM16 dikenakan. Mesej sms tersebut pada seawal jam 6am.







Pada awalnya aku mengganggap ini hanya scammer yang memerlukan kita tekan pada pautan (link) yang diberikan. Mesej tersebut aku abaikan sahaja.

Sehinggalah menerima bil bulanan daripada pihak celcom, maka tertera lah caj tersebut dalam bil. 

Langkah mudah adalah dengan menghubungi pihak telco (service provider) dan maklumkan masalah yang berkaitan. Kebetulan akak perkhidmatan pelanggan yang menjawab panggilan aku pula sangat membantu dan mempunyai suara lemak madu harum manis


  • Apa yang penting, adalah buat pengesahan diri pemanggil
  • Laporkan masalah
  • Minta bantuan untuk blocked dari menerima mesej dari Funsea Games untuk akan datang
  • Minta untuk refund kembali sekiranya bil terkini telah dibayar atau sekiranya belum dibayar minta untuk dibuat pelarasan bil baru
  • Paling penting sebelum menamatkan panggilan, minta nombor aduan untuk rujukan dimasa akan datang
  • Pelarasan baru akan dibaut dalam tempoh 48jam



Nanti bila dah selesai akan terima satu lagi sms dari Celcom mengatakan kes telah selesai. Rebate untuk kes tersebut akan di kredit kan kembali ke akaun kita. Selesai.

Untuk makluman juga di laman SKMM juga ada menerangkan tatacara bagaimanakan untuk membuat aduan. Infografik di bawah menunjukkan bagaimana permulaan untuk membuat aduan di SKMM.






1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Terima kasih atas perkongsian tersebut eelobor..
CH selalu abaikan..
Ingatkan kalau tak klik tak Ada caj yg dikenakan..

Selamat menjalani ibadah puasa..