Sentiasa Semak Bil Anda
Biasakan diri semak bil bulanan anda sekiranya bayaran yang perlu di buat berbeza amaun dari bulan sebelumnya. Hanya beberapa saat sahaja, sejumlah RM9 telah dicaj ke dalam bil bulanan. Mungkin jumlah yang kecil bagi anda tetapi ada kemungkinan akan terkena pada jumlah yang besar dilain hari.
Solution: telah hubungi pihak telco untuk membuat aduan dan disahkan ini kerja scammer walaupun kita tak ada menerima apa2 sms, atau klik apa2 link yang biasanya di terima melalui inbox sms atau email. Pihak telco juga menyatakan kebiasaannya disebabkan pengguna tidak memasang aplikasi perisian antivirus atau @ malware. (aikkkk kita pulak dah yang kena)
Tindakan: pihak telco dah block nombor tersebut. Rebate akan di beri tetapi berapa jumlah rebate belum pasti. Kena tengok pada next bill nanti. Rebate ini juga katanya hanya sekali sahaja. Sekiranya berlaku lagi pada bil akan datang, kita tetap kena bayar apa yang telah dicajkan.
Antara soalan ditanya: Adakah ini kesalahan pengguna yang tidak memasang aplikasi antivirus atau kelemahan pihak telco dari meningkatkan sistem sekuriti?
Jawapan: malas tulis nanti panjang. Bukan semua rajin membaca pun.
Baca juga kat sini pun lebih kurang juga isu tetiba kena caj kat dalam bil.
Mendapat panggilan kembali daripada perkhidmatan pelanggan memaklumkan bahawa caj tersebut adalah sah dan perlu dibuat bayaran oleh pelanggan. Apa yang dikatakannya boleh tolong adalah memberi rebate sebanyak 50%.
Wowww.... dah boleh cuba riki-riki line telco baru lah nampak gayanya ni!!!
4 comments:
Ohhh bahaya juga ye eelobor..
Kena semak juga bill ni..
Skrg ni sibuk dgn bil TNB yg tinggi.
fuhhh itulah risiko kan klu pakai yg berbayr ni
NIce sharing.
Mrs. A guna prepaid je...
Ada juga pengalaman dengan staf Telco yang tak berapa nak manis #annoying
Kita nak mudah, lagi susahkan pula. :(
Post a Comment